Tuesday, July 24, 2012

Nukilan Hari Jadi

Assalamualaikum..

Sekelip mata tanpa sedar, umur sudah makin menginjak. Dikandungkan selama 9 bulan, dilahirkan dengan tarungan nyawa seorang insan yang mulia, dibesarkan dengan tulang empat kerat ayah dan ibu, ditatang dengan penuh kasih, dididik untuk menjadi insan yang berguna. Lengkap sekali pakej untuk mencorakkan kain putih ku. Sesungguhnya, aku amat bersyukur berada di dalam keluarga ini. Walau banyak dugaannya, pasti aku tidak akan dijaga begini jika aku ditempatkan pada keluarga lain. Pasti aku tidak jadi siapa aku sekarang. Walau banyak kelemahan ku, mungkin juga tidak seperti orang lain yang mungkin dididik dengan lebih baik dari segala macam segi..aku tetap bersyukur kerna masih punya peluang untuk hidup didunia ni. Masih berpeluang melihat keindahan dunia. Alhamdulillah..

Tahun terakhir untuk merasa kebelasan tahun. Banyak lagi perkara yang perlu dimuhasabahkan. Masih belum cukup untuk menjadi ahli al-Jannah. Kira2, dengan menginjaknye umur aku ke angka 19 ini, dapat mematangkan aku tentang kehidupan. Tentang tujuan utama dijadikan khalifah dimuka bumi ini. Untuk terus lebih berusaha mengejar ilmu Allah yang amat luas, serta mencari keredhaan-Nya.

Tak banyak yang aku pinta, cuma harapan segala urusan aku dipermudahkan-Nya. Aminn.. supaya ditenangkan hati, dikuatkan semangat dan dipanjangkan umur. Semoga aku menjadi insan yang terbaik pada masa hadapan ;)


HAPPY BIRTHDAY TO ME!
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki :D

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih berpeluang untuk menempuh Ramadhan pada tahun ini, 1433H.. bulan yang tiada ternilai berkatnya..bulan ketenangan bagi setiap umat Islam :D semoga anda semua dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan lancar, Aminn

Tuesday, July 17, 2012

hadiah hari jadi untuk diri sendiri

Assalamualaikum..

Lagi seminggu je lagi. hehe. tak sabar nak tunggu 24 july. kenapa? haha, takada pape..saja je.suka dengan tarikh tu :p

tawaran kemasukan ke peringkat ijazah ni merupakan hadiah hari jadi yang terbaik untuk diri sendiri.. haha. dapat hadiah awal sikit dari tarikh sebenar..hehe.

ni la kolej 11 yang bakal aku huni..


mcm kondo kan??. ada lift kot. korang hado? haha. tapi dont judge book by its cover..dlm die..kolej 13 lg best la..tp ok la..blh la bt tido blaja sume..still nmpk selesa la..cuma yg xbest locker die..2 kali gnda kecik dr kolej 13 pny..but its ok la..jnji ada dok. kang mne plak nak letak baju sume.


Monday, July 16, 2012

Peluang lagi :D

Assalamualaikum..

Sebelum memulakan hujan hujan saya, eh, hujah hujah saya :p saya ingin memanjatkan rasa syukur yang teramat sangat kepada Ilahi kerana telah memberi saya satu lagi peluang yang berharga ini kepada saya.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. *berkali2 raup muka*

*ok jom!*

Hip hip horayyyy! Hip hip horayyyy! Again! Hip hip horayyyyyyyyyyyy!! Yeahhh! Akhirnya, penantian yang aku tunggu selama ini berakhir juga. Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan, moga2 ini yang terbaik buat aku, juga setimpal dengan kemampuan aku.

Mula2 da rasa macam tak best je bila result upu da kuar jumaat lepas, 13 july, asasi upm ntaa bila nak kuar. Patu dapat tw katanya hujung bulan ni takpon hujung bulan depan. Homai, sooo latee ok. Nanti mesti rushing gila nak prepare itu dan ini padahal budak2 upu da boleh goyang kaki da. Kalau dapat hujung bulan ni ok lagi..hujung bulan depan??! Lepas raya? Apa jela yg sempat buat,sebab masuk 2 sept.

Esoknya, 14 july..ttbe dpt msg daripada nisa tanya dapat course ape? What??! Result da kuar ke?? Anddd yupp! Result da kuar, boleh check kat esmp(portal pelajar upm). Tapi, camne nak on9? Homai, da gelabah gila time tu, nak tunggu ayah balik baru on9..memang tak la! Terus call Ayie. Nasib baik die tak kuar rumah lagi. Nasib baik jugak die tengah depan laptop die..then mintak la die tolong checkkan..andd…


Tak putus2 aku ucap Alhamdulillah bila dpt tw ni.. akhirnya, aku dapat first choice aku. memang rezeki betul la..ada orang tu tak dapat pon apa yang tersenarai dalam pilihan die. Ada tu plak dapat ntaa pilihan keberapa la tu..padahal pointer dorang lagi hebat daripada aku. bersyukur sangat. insyaAllah, aku takkan sia2 kan lagi peluang yang aku dapat kali ni. tak boleh cepat mengalah bila da ter’lost’..kene kuatkan semangat untuk cover balik ape yang tertinggal tu. Hmm, ini la yang jadi masa kat asasi dulu, sebab dah ter’lost’ dalam satu subject tu..terus aku da xblh pickup yg lain. Last2 buat sume bnd sambil lewa je.plus rapat plak dengan kawan yang mcm tu jugak..kesudahnya..result atas pagar. Nasib baik dapat sambung balik, dapat first choice lagi..insaf aku. walaupon da banyak kali cakap tak nak main2 da..tapi kali ni aku akan pastikan aku betul2 da tak main2 da. Bila tgk yuran yang..perghh! rugi la tersangat kalau belajar main2 lagi lepas ni..masa asasi dulu tak rasa sebab dapat biasiswa + xdela mahal sangat yuran..duit belanja pon sentiasa je ada..serius insaf. Huhu. 

Ingat daftar 2 sept sebab ada tgk kat calendar asasi dulu tulis masuk balik 2 sept, rupa2nya die ikut kolej. So, kolej aku kolej 11, yg boleh nampak dari tepi highway tu (bagi sesiapa yg tahu) kene daftar 1 sept..ada la beberapa kolej yg lain jugak. Betul2 lepas merdeka. Merdeka ke tu? Haha. 

Yang bestnye ramai member ASPER First Class yang dapat course yang sama dengan aku! yeah! Nad, Ana, Faez, Izat Jaris and Ahmad. Wooo! Sume taiko2, genius2 meyh! Xpe. Boleh aku study ngn korang lepas ni.hehe. aip! Da janji kan nak tolong aku nanti? Hee.Termasuk si anak gajah yang comel tu. Ifaa! Haha, tak sangka kita sama balik. Dapat sama bilik balik pon best jugak kan ;)

Tengok subject die pon boleh tahan jugak. Paling meremangkan bulu2 yang ada..bila tengok ada subject Engineering Mathematics! Erk. Apakah itu. Mcm mne tu? Mcm math biasa tak? Homai, dugaan terhebat ni..selain tu ada Oral Interactive Skill (ok.kene buat Ellis Lab lg -..-), Computer Programming and Application, Agriculture and Man, General Physics dengan Workshop Management and Pratice. Ok lagi kot subject2 first sem ni..InsyaAllah..

Ok. Tak sabar nak masuk balik, tak sabar nak pegang buku, pen, pensel, pemadam, pembaris sume balik ;)



Sunday, July 15, 2012

smile

Assalamualaikum..

Ya, things started to change. I feel more live than before. Thanks to Allah, my heart is calmer than before, my minds not anymore think about it. Yet, I can forget about them sometime.

Thanks to my cousin, Armira Amin. Kau da banyak tolong aku. kau da tolong aku untuk jadi kuat. Terima kasih sebab da salurkn kekuatan kau kat aku untuk balas mcm tu kat bdk tu. Seriously sentap jugak aku bile kau cakap; asal kau baik sangat?hentam jela balik bdk ni, balas je balik.bdk ni da kurang aja. Masa tu baru aku tersedar. Aah kan, knp aku berlembut sangat dengan dia selama ni. Kenapa aku biarkan diri aku dikutuk senang2 je oleh die. Mana pergi ntaa prinsip aku selama ni bila berhadapan dengan orang yang aku tak kenal.

“kau tak kenal siapa aku dan aku tak kenal siapa kau, so kau tak ada hak nak cakap aku macam2, sama seperti kau tak suka bila orang berkata tentang kau”

Its fair right? Bila kenang balik, kesian betul kat aku..kene kutuk gila babeng punya, diperkecil-kecilkan macam tu je. Sesedap secukup rasa je die kata aku macam2. Tapi memang best la time aku balas balik tu. Perghh! Puas sepuas puasnye dapat cakap mcm tu. Tiba2 rasa memartabatkan diri sendiri. Haha. pakej naik la masa tu. Bayangkan la, orang yang korang tak pernah jumpa depan mata, tak pernah bicara secara lisan..tiba2 cakap macam2 pasal korang. Tak kesah la salah siapa pon masa tu, tapi budi bahasa tu perlu, kita orang melayu kan, lagi2 orang perempuan..rasa2 nya sekarang da tw kot siapa yang manis bila berkata2, lancang bila berbicara.

Tiba2 aku teringat kisah suatu tengah hari masa aku form 3, haha. aku pon tak sangka aku boleh bertindak begitu. Tapi itulah kali terakhir aku bersikap panas baran. Lepas tu aku dah boleh kawal panas baran aku. klu tak dulu, senang je aku nak marah2 ni..lagi2 adik2 aku.haha.salah sikit mula aku melenting. Sejak kisah suatu tengah hari tu la aku terfikir yang aku tak patut bersikap macam tu..sian budak laki tu..tak pasal2 je kene sound tepek dengan aku. sorry la ea weyh. Tu la, spe suruh kau cari pasal dengan aku kan da kene.kehkehkeh.

Special thanks to Amri Falihi. U cheer up my world. Saya minta maaf sebab pernah buat awak rasa teruk. Saya serabut sangat masa tu sampai tak nampak yang awak ada bila saya susah atau senang. Saya tak dapat nak bayangkan kalau awak terima keputusan saya masa tu. Entah apa la jadi dengan saya sekarang. Thanks sebab berkeras untuk tak terima keputusan saya tu. Thanks jugak sebab ada dengan saya sekarang. Seperti yang saya cakap dengan awak hari tu, saya dah penat dengan sume ni, harap awak yang terakhir Ayie. Walaupon,saya tak pernah sangka yang awak akan ada dengan saya..tapi saya tahu ada hikmah disebalik pertemuan semula kita. saya tahu, selama kita kenal sejak form 3, saya tak pernah layan awak betul2, maksud saya sebagai seorang kawan. kadang2 awak bukan seperti yang saya harapkan, tapi saya sangat sangat sangat bersyukur ada awak sebagai kawan, sahabat dan juga kekasih dunia saya. Allah tetap kekasih hati saya selamanya..stay with me until my last breath.

Banyak perkara dah mengajar aku supaya lebih berwaspada dalam setiap tindak tanduk aku. ia mengajar aku supaya kuat menghadapi segala ujian yang diberikan baik dari segi keluarga, pelajaran, kawan2 juga orang disekeliling aku. selama ni aku tak sedar dalam apa jua keadaan, tetap ada yang menyokong,tapi  bila da macam hilang semuanya, teruk sangat bila rasa keseorangan tu..aku langsung tak tahu nak buat apa. Terima kasih semua ;)

the purpose of blogging

Assalamualaikum..

Kalau korang perasan, dalam 1 hari je ada banyak entri aku post kan? Haha. bukan aku tulis sume ni dalam satu hari la, semuanya hari lain2..sebab aku tak dapat nak online pada hari aku tulis entri tu..so aku save as a doc je la dulu..hmm, sejak sejak dah berjinak dengan blog ni..diari aku ntaa ke mana da..haha. menaip lebih pantas dari menulis. Kehkehkeh. Blog ni pon aku da buat macam diari aku je. Cerita macam2, kepada sesiapa yang baca blog aku ni..korang buat bodoh je kalau ada cerita2 merepek aku tulis kat sini. Kadang2 tu mesti ada yang terdetik dalam hati ; eh, ni pon nak cerita kat blog ke?

*eh, suka hati aku la, aku punya blog meh*

Haa, sebenarnye, aku kalau boleh..tak payah la ada sapa2 yang baca blog aku ni..aku malu sebenarnye. Kehkehkeh  :’)

*kalau ada yang baca blog kau Shafiqah!*

Sebab tu bila jumlah Follower tu bertambah ; erk.siapakah?

*suspens jugak tw*

Entahlah, tapi aku lebih senang menulis blog ni. Aku akan lebih tenang ataupon lega bila dapat menulis blog. Kalau ada apa2 yang gembira yang sampai buat jantung aku macam nak terkeluar akibat terlalu teruja ataupon apa2 yang tak kena ; hati tak sedap ke, hati sakit ke, hati tak tenang ke ataupon apa2 yang berlaku yang aku nak ingat sampai bila2 ; aku akan menulis blog. Ia buat aku puas sepuas puasnya tahap cipan la. Kira macam satu beban terlepas la. Fuh! Lega!

Masa baru2 buat blog ni, aku pernah ajak kawan aku buat blog jugak, tapi dia kata “ tak nak la, nanti ada yang terasa nanti. Mulut aku pedas weyh. Kang ada yang tergigit cili bila aku tulis ape2 nanti ”

*tulis blog pon ada pantang larang ea?*
*kehkehkeh*

Kalau fikir dengan rasional memang la kan, takkan kau nak kutuk orang yang kau tak suka tu open cenggini kan. Haa, sebab tu la aku tak berapa galak sangat orang baca blog aku. hehehe. Eh, aku tak de nak kutuk sapa2 ea. Kalau aku tak puas hati tu..kias2 sudah la.. :p

Sekarang ni macam2 kita jumpa jenis2 blog ni..masing2 ada tujuan tersendiri wujudnya blog dorang tu. Ada yang berblogging sebab nak share maklumat berguna, petua2..ada jugak yang buat blog ni sebagai bahan propaganda mereka. Politik misalnya. Ada jugak yang berkongsi pengalaman mahupon kisah hidupnya. Apa pulak tujuan saudara saudari cikebom cikebom yang sedang menjengah ke blog saya ni? ;)

Pernah terfikir tak yang menulis itu datang dari hati tapi tak semestinya berbicara itu juga datang dari hati. Orang selalu cakap kan ; hati kata lain, mulut kata lain. Think about it ;) Ada orang pernah cakap kat aku ; awak ni memang pandai berkata2, memang lancang bila berbicara. COPPP! Erk.wahai saudari/saudara, saya tak pernah berbicara dengan anda, saya hanya menulis/menaip sahaja. Pembetulan ye disitu. Tapi, tetibe aku terfikir. Aku cakap dengan aku menulis sama ke?

*garu-garu kepala* 
*berfikir sejenak*
*hmm*
*menongkat dagu pula* 
*tersenyum kecil*
*geleng2 kepala*

Mana ada sama la, setahu aku, aku ni bila bercakap memang la senang la jugak nak spontan2 tu..tapi agak susah nak bukak mulut..tapi bila menulis, idea mencurah curah ke ladang gandum..! dan.. jadila, KOKO CRUNCH! Hahaha. Percaya tak kalau aku cakap aku ni pendiam? Hehe. Sebenarnya, ye..aku ni pendiam sikit. Aku akan kecoh2 dengan orang yang betul2 selesa dan rapat je..dan akan bercakap bila penting tak pon bila terasa nak bercakap la..kehkehkeh. dan, sebenarnye..rahsia ni tw. aku suka cakap sorang2. Hahaha! COPPP! Bukan cakap betul2, cakap dalam hati je..heee. lagi2 bila aku duduk sorang2. Macam2 la kuar nanti. Tak sampai tahap hilang kewarasan akal lagi la..tu gila namanya. Hee.

Seronok sebenarnye bila ada dalam dunia kita sendiri. Dunia tanpa sesiapa. Tanpa gangguan, melainkan tetiba korang terdengar ; oi anak dara! Buat ape la tu! Meh tolong aku kat dapur ni haa!. Haha! itu baru gangguan namanya :p ni bukan kes berangan okay! Ni lebih kepada masa2 kita bersendirian. Contoh la kan ; baca novel. Aku kalau da start baca novel orang jatuh sebelah aku pon aku takkan perasan, lagi ; bila duduk sorang2 mengadap tasik yang tenang sambil makan aiskrim. Ni part paling aku suka. Aku kan suka nature..so, aku memang suka ke tempat2 riadah macam taman ke, tasik ke..aku tenang bila kat tempat2 macam tu. Kat UPM ada satu port baik punya.kat Bukit Ekspo namanya. Kurang orang lalu lalang, permandangan yang luas..boleh tengok train KLIA Ekspres tu lalu lalang sambil kira tingkap train tu ada berapa. Haha. mencabar kot,yela, train tu laju kot..setakat ni aku kira ada 28 tingkap kesemuanya. Tak tahula betul ke tak kan. Hee.


Okay kalau ikut gamba ni..korang bayangkan korang tengah diri menghadap train tu..jalan je terus sampai hujung sikit tu..kat situ macam bukit ckit..haa, kat bawah tu la port best! Kat tasik tu,sebenarnye kolam. Hee. Seronok tempat tu, tak ada apa2 pon kat situ..kosong je..orang jiwa nature macam aku je yang paham kenapa tempat tu best. Cewah! Haha. *ok foinee! Tetibe rindu UPM*


Aku – Mal – Nisa – Aisyah 

Ni gambar masa first time jejakkn kaki ke Bukit Ekspo tu. Freshmen lagi masa ni..baru 4 hari masuk Asasi. ;) aku pon suka study kat tempat2 cenggini. Minda lebih terbuka, senang ilmu nak masuk. Kehkehkeh. Sampai selipar aku pon boleh putus masa ni..haha.

Ok la, sampai sini saja. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis ;)
jap nak abdikan satu gamba kat sini :)


*K13~ DALAM KENANGAN*



Sunday, July 1, 2012

sudah cukup sudah, cukup sampai disini saja

Assalamualaikum..

Ya Allah Ya Tuhanku, tidak sudah2 lagi kah dugaan-Mu ya Allah, hamba-Mu ini sudah tidak terdaya lagi menanggungnya sorang2.. akhirilah semuanya ini ya Allah..hanya pada-Mu aku mohon supaya ditenangkan kembali hati ini ya Allah..

Tidak semua manusia dalam dunia ini yang boleh menerima. Menerima apa jua yang berlaku dalam hidupnya sebagai satu ujian dan satu hikmah. Hidup dalam kenangan juga payah. Tapi kenangan itu berhak untuk diingati. Kenangan tu tak pernah salah. Kenangan tu pengajaran. Kenangan itu jugak bukan tiket untuk menghukum. Jangan pernah salahkan takdir. Tak boleh ke terima semua yang terjadi dengan hati terbuka? Tak ada sesaat pon dalam hidup kita ini, kita sangka akan terjadi. Pernah sangka atau terfikir dulu yang kita akan begini pada ketika ini , pada saat ini? Jika kenangan itu boleh dipilih sama ada mahukan yang manis atau yang pahit, hidup ni mudah jadinya. Bila sesuatu yang buruk jadi, semua pasti berkata ,

“tak pernah minta pon semua ni jadi”
“kalau tahu begini jadinya, aku takkan lakukannya”
“tak ada niat pon nak burukkan keadaan”

Itu lumrah hidup namanya, manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Lari dari kenangan? Jauh mana kau dapat berlari? Membawa diri entah kemana, konon, kenangan itu jugak seperti bayang2. Sejauh mana pon kita pergi bayang2 itu tetap ada. Tapi, kita tak boleh takut dengan bayang2 sendiri. Yang lepas tu biarlah lepas. Itu saja caranya. Ya, mungkin kau ingat semua ini mudah bagi aku, senang2 lepas tangan, lupakan je semuanya sedangkan kau yang menanggung rasa sakit itu. Jangan lupa sakit yang aku tanggung sama. Mungkin ini aku, aku tak suka perbesarkan sesuatu hal, bukan aku nak lepas tangan, tapi tak salahkan kalau kita perbetulkan kembali apa yang tersimpul. Terima apa saja. Tak ada satu pon yang mudah dalam hidup ni. Kita manusia hanya mampu mencuba dan berusaha.

19 tahun hidup asyik menjaga hati orang, hati sendiri tak terjaga. Bila ada orang cakap yang aku ni terlalu bagi muka sampai orang pijak kepala aku sendiri memang tersentap jugak. Tapi, bila fikir balik..ada betulnya. Memang susah nak jaga hati semua orang, bila terlalu menjaga hati yang ini, hati yang itu pula terasa. Bila terkenang balik, memang nak menyumpah2 diri sendiri. Soalan ni mesti timbul “ kenapalah aku buat macam tu dulu” betul tak? Tapi masalahnya, tak guna da nak menyesal bagai. Belajar dari kesilapan tu. Dan orang yang konon menjadi mangsa keadaan tak patut nak menghukum. Awak pon pernah buat silap jugak kan.

Cukupla sampai sini je cerita kita. Saya da tak larat nak sambung cerita yang sepatutnya da ada kesudahan ni. Tolonglah, biar kita sama2 hidup dengan tenang. Kenangan itu tetap kenangan. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang terasa hati dengan saya selama ni especially, 205. Saya tahu awak semua marah dan kecil hati dengan saya. Sungguh, saya tak pernah lupa kawan saya, cuma mungkin tak banyak masa kita habiskan bersama. Saya minta maaf sangat2.


Notakecil: I’m dead already. Orang mati takkan boleh kembali lagi. Saya dah tak nak ambil tahu atau ada kene mengena dengan kisah awak lagi. Biar saya pergi dengan tenang. Fullstop.