Saturday, January 28, 2012

ASPER Family Day Batch 7

Assalamualaikum..

entri kali ni gua x mao ckp byk..segala tersirat pada setiap inci didalam gamba gamba. apa yang gua mahu ckp gua sangat happy. gua sayang la ASPER BATCH 7 ni. terima kasih kerana telah memahatkan kenangan yang teramat manis dalam hidup gua. gua takkan lupa sampai bila bila. so enjoy the pitcha ^_^


ye! kene percaya yang aku main futsal :P


gabungan kuliah 1 dan 7 = kumpulan 1






the other group *1B


supporter kitorang yg dtg plg awal. thanks korang :D


perghh! keeper kitorng ni! GOODJOB FANAA!


the next day bdk laki plak lawan netball!


comel gile sal main. bhahaha!


kitorng plak dtg menyokong dorng :)


the day of the event!










nama game ni : lari ulat bulu


zikri sedang main tepung getah straw. cayalah zikri!


OUR CAMERAMAN! thanks caer!







khai sibuk je nak pakai jersi Chelsea jgk :P








ok fine! time ni sumpah aku ckp malu gile!! bhahaha.


ssh btl air tu nak masuk dl botol
nama game : isi air dalam botol gne tangan =.=


i love UPM too <3



sapa la snap gmba ni =.=


ni pon =.=


ehem~pernah 'ter'admire die. hahaha!




group kitorang dapat tempat ke-2..ok la tu 








ok. banyakkan..haha! mmg banyak gila gila snap gamba . 

thanks for read this entry :D


Friday, January 27, 2012

Wednesday, January 25, 2012

itu impian saya

Assalamualaikum..

Stop treat me like 16 years old . seriously I’m so tired of it . sampai bila nak kongkong saya..bagi la sedikit ruang privacy dlm hidup saya..susah sangat ke..ape yg berat sangat untuk bagi saya peluang kecil tu..saya bukan budak lagi..InsyaAllah saya boleh berfikir dengan waras..boleh berfikir yang mana baik dan yang mana tak..kenapa susah sangat nak letak kepercayaan tu..ia buat saya rasa sangat tak berguna..kalau macam tu lebih baik saya tak payah bazirkan masa belajar bagai nak rak untuk banggakan kamu berdua..lebih baik saya duduk rumah saja. Buat apa belajar tinggi2 tapi tetap jadi macam orang yang tak berguna dalam keluarga..bagila saya peluang..kalau macam ni..sampai bila bila pon saya tak akan dapat berpijak diatas kaki saya  sendiri..kamu nak saya menyusahkan kamu berdua kelak..pastinya itu bukanlah yang sepatutnya..saya mahu banggakan kamu berdua..saya mahu gembirakan hati kamu berdua..saya mahu kamu berdua lihat saya berjaya menjadi orang berguna..itu impian saya..

terima kasih sebab selalu tunaikan segala permintaan saya..tapi biarlah permintaan saya kali ini juga ditunaikan..berilah kepercayaan tu kepada saya..saya tak nak hidup saya diatur..saya nak sokongan dan dorongan daripada kamu berdua..percaya la dengan setiap tindak tanduk saya..saya tidak akan melakukan perkara2 yang tak munasabah..saya waras untuk memikirkan segala kesan atas setiap kelakuan saya..bagilah saya merasa nikmat hidup sebagai seorang anak yang sentiasa didorong oleh ibu bapanya..bagilah saya merasa nikmat hidup berteman baik dengan ibu bapanya..saya tak pernah dapat meluahkan pendapat saya kerana saya takut tersilap cakap dan akan menyinggung perasaan kamu berdua..setiap kali ada je perkara yang timbul saya terpaksa mendiamkan diri sedangkan terlalu banyak perkara yang ingin saya sampaikan..tapi sampai bila saya hanya perlu menjaga hati orang sedangkan hati saya??

teringin sekali saya ingin mendengar kamu bertanya tentang diri saya..tentang susah senang saya..saya tahu..kamu berdua dah menjadi ibu dan ayah yang berjaya..kamu berdua sangat sangat menekankan pelajaran pada kami adik beradik..kamu sanggup berkorban wang ringgit demi memastikan kami adik beradik mendapat pendidikan yang cukup..hantar kami ke pusat tuisyen..beli buku2 latihan serta rujukan..tak pernah sekali pon kamu mengatakan tak ada wang setiap kali kami ingin membeli keperluan belajar..saya tahu itu, dan saya amat kagum dengan kegigihan kalian memastikan kami adik beradik tidak berasa hidup susah..ya..memang kami tak pernah rasa hidup susah..tapi….soal hati?soal perasaan?kamu tak pernah menjadi kawan baik saya dirumah..minta maaf kerana terpaksa berkata begitu..bila ada perkara yang ingin saya luahkan dan perlu seseorang..saya terpaksa mencari kawan saya..dan saat tu kamu akan marah.. ’membuka aib sendiri’ kata kalian..saya tak akan lupa ayat tu sampai bila2 walaupon hanya sekali itu sahaja kamu berkata begitu..apa lagi yang saya perlu lakukan bagi memuaskan hati kalian??

Monday, January 16, 2012

maaf una. hee

assalamualaikum..

aisey hari tu kn ada story pasal jamuan tu an . kan ada cite pasal anugerah anugerah tu an . ni la die,, makan semut banyak kot.. *korang salut ayam tu dengan semut ke :p sampai lupa una pon MENANG jugak la beb !die dapat ni..

muka datang awal : una

maaf la una..kak yong an . ramai bonar adek den . payah bonar nak engat sumo eh . HAHA!

p/s : semoga kau terhibur :D

today is the day

assalamualaikum..

hari ini hari Isnin . 16 January 2012 .

awal awal pagi dah bangun nak pergi kelas . memang liyat la kan memandangkan seminggu cuti lepas solat subuh tido balik *jgntiruaksiini

dengan semangat yang ajaib datang dari ntaa mana..aku jejakkan kaki ke kelas dengan redha-Nya . mukadimah nye dimulakan oleh Dra. Umi Salamah Hassan atau panggilan manjanya UMI . hee .

lepas tu hidup diteruskan dengan hamba Allah yang asalnya dari Jakarta,Indonesia..nama die ala ala nama ayah aku gitu . Dr. Anwar Fitrianto . *sukakankauyam harap aku suka STATISTIC ni.

untuk semester last ni..kami perlu mengambil subject PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT.. oleh itu,, lepas habis kelas math jam 12,, *gayaindondaakuckp kami perlu xdela bergegas sangat ke Fakulti Sains Komputer . best jugak subject ni . teringat kelas komputer yang wajib aku hadir masa form 1.. nama group aku tu DATABASE .

ok done . i love this starting of the day . hope i'll love it forever :D
The worst pain in life is when you see
Your life being spoiled by the one you trust the most.

and...

You cant do anything except standing quiet and asking yourself that

.........is it the gift of trusting someone or
is it what i deserve?

*credit to Best Quotes
God only gives you what he 
knows you can handle. 

So if life seems hard, remember that God knows you are strong enough to get through it. :)


thanks to Allah that gives me such a wonderful life :D

Sunday, January 15, 2012

jangan patah semangat

assalamualaikum..

okey . pointer untuk semester 2 dah keluar . Alhamdulillah .

target sebenar aku, iaitu :
 1. tak nak ada C dalam mana mana subject.
 2. mesti cecah 3.5 GPA

ape yang aku capai hanyala target aku yang nombor 1. Alhamdulillah . target nombor 2,, perghhhhh! lagiii sikiit je bhai! xpe .

p/s : terima kasih Ya Allah kerana telah memberi rezeki yang cukup besar ini kepada ku . aku amat bersyukur dengan apa yang telah Engkau berikan kepada ku . moga Engkau terus meredhai ilmu-Mu yang aku pelajari ini . Aminnn...

Friday, January 13, 2012

aku tak ada perasaan apa apa pon bila tengok results MUET aku band 3
tak reti nak lahirkan perasaan apa..
sebab aku masih tak paham function MUET tu..
kesian betul la budak ni -.-'

MR. CUPCAKES! (PART 1)

Assalamualaikum..                                             
Mood : Mr.Cupcakes ada sebelah.amik inspirasi nak tulis entry ini :D

Korang ingat tak buku PTSONE yang aku baru beli hari tu..da habis baca da..so aku nak cite ckit la pasal buku ni memandangkan moral yang ditunjukkan sangat berguna *alang2 aku memang da xde keje nak buat kat rumah ni.



Erk. Kalau korang tgk hiasan latar belakang dan saiz serta font yang digunakan mmg agak kebudak budakkan..langsung tak sama dengan novel2 yang biasa dibaca oleh golongan remaja seperti aku dan ya mungkin juga golongan dewasa yang minat membaca novel. Tapi bagi aku..sume tu tak penting..yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Dan ya..latar belakang, saiz dan font yang comel ni buat aku lebih tertarik untuk membaca dan berimaginasi. Bukankah itu yang sepatutnya? pernah aku terdengar perbualan ibu ibu ketika aku mengunjungi pesta buku antarabangsa di PWTC beberapa tahun yang lepas.

Ibu A : anak saya suka baca buku2 PTSONE ni. :D
Ibu B : anak saya pon..buku ni bagus..banyak moral ditunjukkan..
Ibu A : saya pon baca sekali. Tettttttttttt……..

Tengok!! Ibu orang pon baca sekali ..anak die pon bukan budak kecik yang sekolah rendah tu..anak die pon baya2 aku je..so kesimpulannya,, buku yang bergenre mcm ni..adalah sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat.. hee. Try la bce..korang akan mendapat satu semangat yang sangat ajaib.hehe. btl..janji tak tipu.. aku ingat lagi kawan aku masa Form 2..nama die Hazmi..muka memang macho gila la..suara lelaki habis..memang die paling mature la dalam kelas aku..tapi yang buat aku tak percaya sampai sekarang tw..die peminat nombor 1 buku2 PTSONE. Haa..koleksi buku die lagi banyak drpd aku..dan aku yakin die masih membacanya. Huhu.

Ok. Nak cite pasal Mr.Cupcakes plak.. watak utama : Eddie,, nama sebenar Ramlidi bin Hassan.. anak tunggal En. Hassan dan Puan Kartina. Eddie ni berkelulusan dalam bidang kejuruteraan..tapi die ni menganggur..puas da mak die berleter setiap hari suruh die keje..tapi Eddie ni sebenarnye masih keliru tentang kerjaya die..da banyak surat permohonan kerja die isi..tapi belum ada rezeki lagi.. die ada kawan baik nama Apai..Apai ni pulak tengah tunggu tawaran menjadi tentera..so sepanjang Eddie menjadi penganggur dan sementara Apai menunggu tawaran ..dorang berdua ni selalu melepak bersama la..Eddie hebat bermain skateboard, Apai hebat memancing..masing2 ada kelebihan dan minat mereka sendiri.tapi itu langsung tidak menjejaskan persahabatan yang terjalin.. variasi dalam minat mereka buat persahabatan mereka lebih meriah dan akrab..hebat kan? Tak macam reality..masing2 cemburu dengan kelebihan yang ada pada kawan..

Nasib baik la Eddie ni pandai berfikir tentang masa depannya.. die pon nak berjaya jugak..da bernanah telinga dengar emaknya berleter setiap hari..die nak buat ibu dan ayahnya berbangga dengan dirinya..die nak bantu ibu dan ayahnya yang telah bersusah payah mencari duit bagi membesarkan die..emaknya menjual mi kari dan ayahnya mempunyai bengkel sendiri.. oleh itu, Eddie bertekad untuk mencari kerja..semasa Eddie dan Apai berkerja sambilan di kafe milik pakcik Apai di stesen kereta api..Eddie terlihat seorang kanak2 sedang makan cupcakes..Eddie tertarik dengan hiasan yang kreatif dan rasa cupcakes yang sangat sedap tu..die mendapat idea untuk membuka perniagaan membuat cupcakes.. tapi die takut ditertawakan oleh rakan2 nya apabila mengetahui die ingin belajar memasak..dah la Eddie ni seorang lelaki tulen yang tulen la..hehe..

tapi die tetap tekad dengan keputusannya.. sebagai langkah pertama,, die pergi mencari maklumat di internet tentang cupcakes..die buka blog2 yg mengadakan bisnes jualan cupcakes secara on9..matanya terus tertancap pada blog MissCinta@Cupcakes.. Die terus menerus scroll untuk mencari cara menghubungi pemilik blog itu..akhirnya die menjumpai satu column dimana pemilik blog itu meletakkan email Skype dan YahooMessenger..terus Eddie menambah kenalan pada ruangan Skype miliknya..memang rezeki Eddie masa tu.. MissCintaCupcakes sedang on9..die segera membuka ruang bual bagi berhubung dengan MissCintaCupcakes..Eddie gne nama samaran Princess *nama skateboard Eddie.. dengan nama ni xdela orang tahu identitinya yang sebenarnya..aku selitkan sekali perbualan mereke ok..

Princess : hai!
MissCintaCupcakes : hai ! ^__^
Princess : selamat berkenalan. Saya Princess.
MissCIntaCupcakes : selamat berkenalan. Tahu, saya boleh membaca
*Eddie menepuk dahinya. Malu juga dia apabila disindir begitu.
Princess : saya ada melihat blog kek cawan awk. Cantik.
MissCintaCupcakes : terima kasih.
Princess : saya juga berminat mendalami cara membuat kek cawan
MissCintaCupcakes : baguslah, awak ada asas membuat kek?
Princess : emm..
MissCintaCupcakes : tiada ya?
Princess : ya. Saya tidak tahu memasak langsung.
MissCintaCupcakes : jangan risau. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam (^__^)v
Princess : terima kasih. Boleh awak ajar saya asas membuat kek cawan?
MissCintaCupcakes : boleh. Formula pertama yang awak perlu ada adalah minat.
Princess : emm..saya berminat juga dengan kek cawan kerana ia sangat menarik.
MissCintaCupcakes : formula kedua awak perlu berusaha.
Princess : inilah usaha saya, iaitu berjaya menjejaki pembuat kek cawan yang cantik seperti yang awak buat
MissCintaCupcakes : ketiga, usaha lagi.
Princess : awak sudah beritahu berkenaan ‘usaha’ pada  formula yang pertama tadi.
MissCintaCupcakes  : hei, awak sangka kek cawan boleh menjadi dengan baik pada percubaan yang pertamakah? Usaha!
Princess : err.. garanglah awak ni. Baiklah saya paham.
MissCintaCupcakes : maaf, saya tak boleh teruskan perbualan kita.
Princess : awak mahu kemana? Saya belum habis.
MissCintaCupcakes : maaf, saya perlu menjaga anak buah saya.
Princess : eh, awak buka pusat asuhan kanak kanak juga ya?
MIssCintaCupcakes : ish!
Princess : baik. Baik. Hehehe!
MissCintaCupcakes : sekiranya ada perkembangan berkenaan usaha awak, hubungi saya ditalian 010-1123121
Princess : terima kasih.

To be continued…… ;)