Tuesday, July 9, 2013

Khilatnya HambaMu Ini


Assalamualaikum..

Kala ini aku menaip di tempat yang pernah menjadi saksi kesungguhan aku menuntut ilmu suatu ketika dulu. Dan kini tempat ini sedang menyaksikan tingkah adik aku pula ; meja belajar. Ya, kini meja belajar aku tidak menentu. Sekejap di kolej ini, sekejap dibilik itu. Tiada yang tetap. Aku masih bersyukur. 

Hidup ni tak seindah rupa sebenarnya. Secara keseluruhannya, selama nafas ini diberi pinjam oleh Maha Pencipta, aku tak pernah merasa betapa bahagianya hati ini hidup ini jiwa ini. Jika ada pon, diberi pinjam cuma sekejap. mungkin aku tak pernah puas agaknya. Manusia. Bila mana dia pernah puas? Ada sahaja yang sumbing disana sini. Tapi, aku masih bersyukur kerana diberi peluang merasa pahit manis dunia ini.

Kisah aku sepanjang pendengaran kisah orang lain, tidak pernah sama. Ya, rezeki masing2 lain2. Aku tahu. Aku masih bersyukur. Tapi, kisah orang lain bersama pendengaran kisah orang lain yang lagi satu, sama. Hampir sama. Aku keliru. Kenapa begitu? Tidak bolehkah aku seperti kisah orang lain? Kejamnya dunia menyiksa diri ini jiwa ini.

Aku bertahan. Aku boleh tahan. Cuma sampai bila? Cemburu selalu menguasai diri. Aku masih bersyukur. Tapi, apa yang selalu diniati itu, selalu disalah tafsir. Aku tak kuat part itu. Aku selalu kalah dengan air mata sendiri. Kejamnya dunia menyiksa diri ini jiwa ini.

Dalam pada ada syukur masih ada tapi. Aku benci begini.

Sampai bila?

Astraghfirullahala’zim..

Friday, July 5, 2013

End of First Year


Assalamualaikum..

Fuh! Finally! Akhirnya! Erk.okay,maksud die sama je. Ni nak habaq ni..cheq sudah berjaya menamatkan tahun pertama cheq sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem! Haaa, habaq mai habaq mai ni. Tak sangka, cepat betul masa berlalu, tup tup dah hbs setahun dah..tinggal la lagi 3 tahun nak hbs degree ni..Alhamdulillah, semoga segala impian dapat dicapai..Aminn..

Segala penat lelah semput semua berjaya diharungi selama setahun ni. Semester kedua ni yang paling banyak menguji kesabaran aku. segala macam2 hal jadi dalam semester ni. Yang gembira, yang sedih, yang macam2 lg la jadi. Setahun hidup bersama ahli2 KBP’s, memang tak banyak kenangan terukir sebab,ntaa la, KBP’s tak macam ALFIC yang sangat AWESOME tu. KBP’s banyak puak dalamnye. Matriks dan asasi macam tak dapat nak bergabung. Lain sungguh cara hidup kami. Tapi walau macam mana pon, kitorang okay je. Xde la gaduh2 ke, tarik2 rambut ke kan. Hehe. Cuma tak de la rapat mcm ALFIC..mungkin sbb ramai sgt kot dlm satu kelas, dekat 60 lebih jgk rasanya. Tak pernah lagi aku gather dengan dorang sume. Ada pon dorang buat BBQ tu aku pergi perkampungan orang asli kat Kuala Who, Perak. Hmm, xpe,lepas2 ni mungkin mcm2 lagi yg boleh buat sama2 kan.

Hidup semester kedua??pada tahun pertama?? Its seem I’m not really like it. I don’t know why but hmm, “I feels stupid when I’m alone” haaa, like this! Semester ni serius byk sorang2..mana2 pergi pon sorang2 jgk. Dah rasa mcm semester ni aku xde kawan plak. Sume kawan jenis mcm kawan datang menyinggah je..ada in certain time then hilang balik.lepas tu aku jumpa kawan lain then hilang then jumpa lagi kawan lain then hilang. I don’t know why all of this happened..huhu. mmg  rasa alone gila punya laa. Ape yang tak kene pon tak tahu la. Mungkin semester ni semua busy sangat kot..yela aku sendiri pon busy. Ada masa sikit je memang aku guna betul2 untuk relax. Tido ahh ape lg. haha! mana tak nye, kelas tak de gap, sampai ke petang lagi, projek mega kelas Baksis la, aktiviti kolej lagi, gila busy oi. Sampaikan, banyak jgk hal yang aku tolak tepi yang aku tinggalkan kan belakang. Maaf kepada yang berkenaan. Huhu

Semester kedua ni aku amik 22 jam kredit! Gila kau kata tak busy camni??haa, semua subject blh thn hardcore jgk. Statics, Fluid Mechanics, Instrument for Biology System, Mathematics Engineering II adalah antara subject yang gila punya la. Ni ada cerita pasal subject Instrument for Biology System ni..subject ni ada lab, lab pasal electronic programming. Kene set up kan litar atas Homework Board ikut sama macam dalam buku manual die, patu copy coding die, cucuk USB kat Homework Board tu, Run kan coding td then tgk la hasil die kan, LED menyala ke, Servo berputar ke, Buzzer berbunyi ke, 7-Segment nyalakan nombor/huruf ape ke.. actually, it is quite fun but kadang2 kalau tak jadi mmg frust la..dah la banyak kene buat. Memang stress masuk lab Basic Stamp ni.. nak jadikan cerita suatu hari ni, (aku group dgn Nad je dua orang tw) aku dgn Nad dah stress dah buat benda tu..kejap jadi kejap tak jadi..depan meja kitorng ada satu group ni. Perempuan jugak. Name will not mention here :) tengah2 buat ni baru je nak Run coding ttbe computer gelap. Ahh sudah! Dah apehal ni kan. Rupanya2 member kitorang kat meja depan ni dah tersalah tutup suis. Die pergi tutup suis computer kitorang. PERGHH! Dah la tak sempat save lg bnd2 tu sume. PERGHH!! Terdiam aku dgn Nad. Then, member tu boleh cakap “sorry arr weyh” . tu je die ckp?? Aku memang dah menyirap dah time tu. Aku cakap la yg kitorang dah banyak buat kot..yang bertambah menyirap lg bila die boleh cakap “kira ok la tu, kitorng lagi la xmula ape2 lg..ok la tu ada la jgk satu dua coding yang dapat diselamatkan “ haishhh. Allah sahaja la yang tahu betapa aku menahan sabar aku. kalau ikutkan hati memang mati budak tu aku kerjakan. Heh! Sejak kejadian itu kami lebih berhati-hati. Buat je satu activity cepat2 save. Kekeke! Dan sejak kejadian itu juga, berubah sekali la persepsi aku terhadap mereka. Ya, I know, nobody is perfect but at least kau tunjuk la rasa bersalah kau tu sikit bila dah rosakkan kerja orang. Memang la benda dah nak jadi nak buat camna, tapi ada kot proper way untuk kau minta maaf. Tak pela, aku dah lupakan pon. Dan lepas ni aku akan sentiasa berhati-hati dengan kau. Haha.

Masa berlalu sangat cepat semester kedua ni. Sekejap je rasa ‘eh?? Dah nak final?? OMG! Mati ahh aku tak study ape lagi oi!’ ya, itu lah yang terjadi. Tetibe je,eh?dah nak final?ape je yang aku dah prepare ni? Huhu. Carrymark macam harem je semester ni. Yang ok pon Math je. Boleh laaa. Hehe. Bila final, jawab pon macam erk. *mati tercekik* Statics la paling killer membunuh menikam memancung sekali. Suruh jawab 4 soalan aku nice gila jawab 2 soalan je -….- sumpah hampeh weyh. Ahh! Xnk cakap pasal final dah. Huhuk.

Sosak tak sosak la semester kedua ni aku banyak sangat hal nye. Kesana kemari aku. minggu ni pergi Kuala Selangor melawat sawah padi. Minggu depan tu mid-term semester break tak silap aku. minggu lepas midterm tu pergi Melaka untuk Program Baksis, minggu depannya tu pulak pergi Taiping lawatan ke DreamEdge. Minggu depannya lagi pergi Tapah,Perak untuk Program Sukarelawan di Perkampungan Orang Asli Kuala Who. Awal2 sem tu pergi Sungai congkak dengan ALFIC,patu pergi Ekspedisi Gua kat Gua Maloi, N9. Gila kau, aku travel je. Haha. SERONOK OKAYY! Pengalaman baru untuk aku. seronok!. Kisah2 semua ni akan diceritakan dlm  next entry. Nak cerita sume ni parah la berjela woi. Hee. Tata!