Tuesday, July 9, 2013

Khilatnya HambaMu Ini


Assalamualaikum..

Kala ini aku menaip di tempat yang pernah menjadi saksi kesungguhan aku menuntut ilmu suatu ketika dulu. Dan kini tempat ini sedang menyaksikan tingkah adik aku pula ; meja belajar. Ya, kini meja belajar aku tidak menentu. Sekejap di kolej ini, sekejap dibilik itu. Tiada yang tetap. Aku masih bersyukur. 

Hidup ni tak seindah rupa sebenarnya. Secara keseluruhannya, selama nafas ini diberi pinjam oleh Maha Pencipta, aku tak pernah merasa betapa bahagianya hati ini hidup ini jiwa ini. Jika ada pon, diberi pinjam cuma sekejap. mungkin aku tak pernah puas agaknya. Manusia. Bila mana dia pernah puas? Ada sahaja yang sumbing disana sini. Tapi, aku masih bersyukur kerana diberi peluang merasa pahit manis dunia ini.

Kisah aku sepanjang pendengaran kisah orang lain, tidak pernah sama. Ya, rezeki masing2 lain2. Aku tahu. Aku masih bersyukur. Tapi, kisah orang lain bersama pendengaran kisah orang lain yang lagi satu, sama. Hampir sama. Aku keliru. Kenapa begitu? Tidak bolehkah aku seperti kisah orang lain? Kejamnya dunia menyiksa diri ini jiwa ini.

Aku bertahan. Aku boleh tahan. Cuma sampai bila? Cemburu selalu menguasai diri. Aku masih bersyukur. Tapi, apa yang selalu diniati itu, selalu disalah tafsir. Aku tak kuat part itu. Aku selalu kalah dengan air mata sendiri. Kejamnya dunia menyiksa diri ini jiwa ini.

Dalam pada ada syukur masih ada tapi. Aku benci begini.

Sampai bila?

Astraghfirullahala’zim..

No comments:

Post a Comment