Saturday, December 29, 2012

First Semester


Assalamualaikum..

Hai semua :D lama tak menulis kan? Sibuk menyiapkan segala esaimen yang diberi =.= and finally, siap jugak. Paling azab sekali esaimen math engine la.. banyak tak hengat Dr. Rowshon bagi soalan, kalau orang tanya, berapa soalan? 11 soalan je.. je??! Meh tengok sendiri la satu soalan tu ada berapa banyak pulak anak die kan? Itu pon ada aku tak buat. Hehe, ala, takkan punya Dr. Rowshon tu nak check 60++ student kelas die punya esaimen yang tebalnya 2cm tu. Serius la weyh.. esaimen math paling tebal pernah aku buat. Fiuhh, sangat lega bila semuanya da settle..ada baki 3 hari lagi sebelum final isnin ni..preparation please?? Errr, errr, errr, semoga Allah permudahkan segala urusan aku.. Aminn…

Pejam celik habis sudah Semester Satu, Bacelor of Biosystem and Agriculture Engineering bagi sesi 2012/2013. Sekejap benar rasanya, and we have another 7 semester to finish it. Hmm, jauh lagi perjalanan. Kuat semangat please! Jyeahh! ;)

Banyak cabaran dan dugaan semester ni. Walaupon dah didedahkan sewaktu asasi dulu akan ‘life campus’ tapi degree session ni lg +++ mencabarnye, hidup 100% pada duit ibu ayah, tak macam asasi ada alaun.. banyak kali jugak ikat perut nak makan sebab duit minggu ayah bagi dah habis. Nak mintak malu yg teramat weyh. Diam jela kalau duit dah habis..huhu. walaupon ada mealplan..kadang2 tekak terasa jugak nak menjamah McD, KFC dan Restoran Tomyam diluar sana. Dan tercapai la hajat hamba-Mu ini nak makan chicken chop pada minggu lepas..hihi. thanks to Google, Ahmad, Faez, Izat, Yusri dan Nad yang penat melayan karenah aku yang ngidam nak makan chicken chop..hehe. sejak jadi student Engineering ni..kita da jadi satu geng yang sangat rapat kan? Beza masa asasi, walaupon kita satu kelas, tp adakala buat hal masing2 juga. Tp kali ni..kita lebih take care antara satu sama lain walupon kadang2 aku rasa macam kene tinggal dengan korang. Haha. sorry la minah ni touching lebih pulak masa tu kan..but tak salahkan korang pon..it’s really my fault..huhu.


Nad sibuk suruh amik gamba jam die :P


gamba blur sikit sebab suasana agak romantik kat situ. kehkeh

Tak lupa juga akan tahun yang bakal berakhir berapa hari lagi ni. 2013 SUDAH WEYH! Homai! Macam tak percaya, Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh-Nya untuk terus hidup diatas muka bumi ini. Untuk terus menikmati segala keindahan ciptaan Allah :)

Azam tahun baru? Pernah pulak aku ada azam tahun baru? Haha. setiap tahun pon sama ja, ingin jadi lebih baik dari sebelumnya..tercapai ke azam tu setiap tahun? Ermm. Jap nak flashback..

*imbaskembalikenangan*

Alhamdulillah, ada perbezaan nya, walaupon tak secara menyeluruh tapi aku tahu ada yang berubah..tp macam ada yang jadi lebih teruk je..huuuu, perlu mantopkan iman weyh! Jangan malas2 beribadah dah..penat bukan alasan okay. In shaa Allah..akan segera perbaikinya

Terima kasih pada semua yang berkenaan sepanjang tahun 2012 ini :) maafkan segala salah silap aku/saya yang tak sengaja mahupon sengaja.. #eh :p syukur pada Allah kerana telah mengurniakan kepada aku insan2 yang sangat membantu aku pada tahun ini..terima kasih jugak dekat awak. Maaf, saya tak pernah bermaksud nak kecewakan awak, tapi saya juga sedang diuji.

Notakecil: Hati ini masih memberi peluang..