Tuesday, October 2, 2012

Keseriusan Hidup

Assalamualaikum..

Lama dah rasanya tangan ni tak menari diatas papan kekunci komputer riba aku ni. wah ayat! kelasss kau! :p yup, hidup aku kini semakin sibuk sibuk dan sibuk. walaupon semester ni aku hanya mengambil 15 jam kredit, tapi kesibukkannye melampaui batas kesibukkan semasa diasasi dulu. kat asasi dulu 18 jam kredit kot, hari2 kelas dari pukol 8 pg sampai 5 ptg. tapi tak ada la busy gila cam kat degree ni. hari2 ada je program. so aku sangat menghargai setiap masa2 terluang yg membolehkan aku..tidoq! hehe. penat tak sempat nak hilang da sambung balik buat itu dan ini. banyak bergerak jugak sejak 4 minggu sesi kuliah bermula. pegi sana pegi sini...jenjalan lagi. mesti woo! kalau tak otak benak gila asyik ulang alik kolej dengan fakulti. da la kat satu tempat je..terperuk habis kat sini. nasib la fakulti kejuruteraan tu mempunyai tasik yang boleh la nak menenangkan hati :p

*saya nak tunjuk pemandangan tasik tu, tapi gamba tak boleh upload =.=*
*internet lembab*
*nanti ea*

Hari2 pon berlalu begitu pantas. kadang2 aku sendiri tak sedar. banyak pengetahuan dan pengajaran tentang hidup aku dapat selama aku menjadi pelajar degree ni. tentang keseriusan dalam kehidupan. dah tiba masa untuk serius dalam hidup. 4 tahun tu tak lama mana pon. dunia luar lagi banyak banyak banyak cabaran. untung UPM ni dekat dgn rumah aku. tak ada la nak rasa merantau mana pon macam orang lain kan? duduk utara, belajaq kat selatan. lagi banyak cabaran diorang. masa ni la nak belajar cara nak uruskan diri sendiri. masa ni la nak belajar macam mana nak pijak di atas kaki sendiri. ya! aku sedang belajar semua tu. yela, sekarang ni dah tak ada Mal, Fanaa, Nisa, Ifaa ataupon Afiq yang selalu menemani aku dimana saja. walaupon mahu ke kiosk K13 tu pon Mal selalu temankan aku..sekarang tak lagi..sungguh aku sorang2 disini. tak boleh nak bergantung sangat kat orang lain. dorang pon sama banyak benda nak diuruskan jugak. tak masa la nak layan kau ni shafiqah. nak ada je dengan kau setiap masa. pandai kau la nak makan bila, kat mana, nak pegi kelas macam mana..sumenye laa.

BE STRONG BABE!

Hari Jumaat lepas, aku, Nad, Ijat, Faez, Ahmad dengan Mun pegi KLIA hantar Kyra nak fly ke Mesir. rancangan yang dibuat pada petang Jumaat tu jugak. rancangan mengejut dan spontan. maaf kepada sesiapa yang terasa kitorang tak ajak pegi sama. bukan lupa tapi mmg kitorang pon plan mengejut. deal je terus pegi. itupon kitorang da macam terlambat sikit. nasib baik sempat jumpa Kyra. sedih kot. cemburu pon ada. gembira pon ada. bila la masa aku akan tiba. tekad untuk latihan industri nanti, aku nak buat kat oversea. ikut program mobiliti pelajar. TEKAD! 

Semalam, Ifaa pulak fly. maaf Ifaa sebab tak dapat hantar sama. kita ada program di fakulti. dah bayar rugi tak pegi *bisik2* :p lagipon kita tak sanggup la nak tengok Ifaa turun escalator tu nak masuk balai pelepasan. tengok Kyra pon da tak sanggup inikan pulak Ifaa. kita nak pesan supaya Ifaa tolong la jaga diri baik2. kat sana tak sama dengan Malaysia. jaga makan minum sume. jangan tak makan pulak. belajar rajin2 tw. kalau dapat ke Kaabah nanti. doakan lah untuk kami semua kat sini. kitorang kat sini pon akan doakan untuk Ifaa sama. nanti balik bgtw la..selalu2 lah mengupdated diri anda ye. lepas ni jangan senyap2 lagi. walaupon terasa Ifaa tak bgtw yang Ifaa nak fly sampai kita sendiri tw dr mulut orang lain dulu sebelum Ifaa. tak apela, kita dah maafkan Ifaa, janji baik2 kat sana ye. jangan la lost contact dengan kami semua kat sini. 

notakecil : jika ada jodoh kita, walau sesusah mana pon hidup kita nanti, InsyaAllah kita pasti boleh hadapinya bersama. jangan takut lagi akan cabaran yang mendatang. sebab kita sendiri tak tahu sama ada kita boleh menempuhnya atau tidak selagi kita tidak menghadapinya sendiri. tanamkan semangat dan usaha dalam diri. berdoalah..