Friday, March 29, 2013

Suatu Yang Dulu

habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.


pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah

Wednesday, March 6, 2013

Let It Go

Assalamualaikum..

Haa, ni la die. aku dah agak dah, agak dahhh...start sem baru mesti susah nak update blog ni. kan dah berabuk sikit2 da. banyak nak kongsi. tp tula tak sangka busy mcm ni -.- Like seriously, semester 2 ni sangat2 mencabar dari segi jadualnya yang padat nak mampos, dari segi content pembelajarannye yang mana semester ni semuanya pasal calculation based on physics subject :O Sila terkejut wahai pembaca. haha :P dan juga dari segi cara pengajaran lecturer itu sendiri. dan aku tak tahu kenapa, aku susah betul nak faham ape lecturer Fluid Mechanics aku ajar..aku kureng sikit kalau org cakap perlahan lahan ni. cakap dengan screen, cakap dengan whiteboard mana nak dengarnye? da la ramai dalam satu kelas tu, da tu kelas buat kat dewan kuliah yang meninggi tu..korang kene percaya satu benda ni. laa ni, baru masuk minggu ke-3 and supposely chapter pon mst la baru chapter 3 right? tp Fluid Mechanics aku da chapter 6!! How dare the lecturer. haha. banyak tw tak! and Test 1 khabarnya sampai chapter 7.. ni dah tahap nak bunuh org ke ape aku tak tahu la..ish2.

Assignment pon sama, banyak tak hengat! dah macam sekolah plak rasa hari2 dapat assignment. Jadual pon tunggang langgang lagi. time management semester ni sangat penting aku rasa. kene perbetulkan secepat mungkin gamaknya. hmmm. Will do! I can do it! Jyeahh! :p

Minggu first sem hari tu, hari Jumaat..gathered 3 orang je iaitu aku, Mal and Fanaa. memang shopping tak ada la nak sakan mana tp hbs la jugak seratus setengah. haha. pergi Times Square. Pada hari Sabtu dan Ahadnya pulak, small reunion with ALFIC (Alumni First Class) at Sungai Congkak. sangat best. ok this two memorable moment will be update soon kayyhhh? hikhik :P

------------------------------------ # --------------------------------------

Actually, tujuan menulis dipagi subuh ni..adalah untuk melepaskan sesuatu. Sesuatu yang aku kalau boleh dengan izinNya, tak nak ingat lagi dah. dan tak nak sesuatu itu kembali lagi. mungkin sampai bila2.. biarlah die pergi. aku rela. aku yakin itu yang sepatutnya. Oleh itu, pergilah wahai Afiq Hasif dari hidup aku. pergi la sejauh2nya. jangan kembali supaya rindu yang terpaut ini akan terlerai dengan peredaran masa duniaku. bukan kau tak layak, tapi maaf aku katakan, kemunculan kau dalam hidup aku seperti parasit. kau buat aku sakit, sakit yang tersangat. itu yang aku tak mahu. pergilah kau mencari kebahagiaan kau sendiri. carilah 'host' kau sendiri. carilah dimana kedua2nya mendapat benefit daripada diri masing2. aku dah buang semua kenangan kita, aku tak akan jumpa balik kenangan tu sampai bila bila. apa sahaja berkaitan dengan kau. segala gamba yang sangat sweet tu, segala nombor telefon, segala apa sahaja berkaitan kau. Dengan harapan yang kalah tingginya Gunung Everest,

"Supaya satu hari nanti, jika ada sesiapa yang menyebut nama kau, tidak akan terdetik sedikit pon dihati aku.    yang ada hanyalah perasaan kosong".

Yang terakhir dari aku (kalau kau baca), yang terakhir doa aku untuk kau, semoga kau berjaya didunia dan diakhirat. semoga kau capai segala apa yang kau impikan selama ni (mungkin kecuali aku), semoga kau sihat sejahtera, semoga kau terus hidup dalam semangat kau sendiri, dan semoga kau bahagia bersama cinta hati kau yang sudah tertulis olehNya. Aminn Ya Rabbal Al-amin.  



Maafkan Iqa, Afiq..