Assalamualaikum..
Fuh! Finally! Akhirnya! Erk.okay,maksud die sama je. Ni nak
habaq ni..cheq sudah berjaya menamatkan tahun pertama cheq sebagai pelajar di
Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan
Biosistem! Haaa, habaq mai habaq mai ni. Tak sangka, cepat betul masa berlalu,
tup tup dah hbs setahun dah..tinggal la lagi 3 tahun nak hbs degree
ni..Alhamdulillah, semoga segala impian dapat dicapai..Aminn..
Segala penat lelah semput semua berjaya diharungi selama
setahun ni. Semester kedua ni yang paling banyak menguji kesabaran aku. segala
macam2 hal jadi dalam semester ni. Yang gembira, yang sedih, yang macam2 lg la
jadi. Setahun hidup bersama ahli2 KBP’s, memang tak banyak kenangan terukir
sebab,ntaa la, KBP’s tak macam ALFIC yang sangat AWESOME tu. KBP’s banyak puak
dalamnye. Matriks dan asasi macam tak dapat nak bergabung. Lain sungguh cara
hidup kami. Tapi walau macam mana pon, kitorang okay je. Xde la gaduh2 ke,
tarik2 rambut ke kan. Hehe. Cuma tak de la rapat mcm ALFIC..mungkin sbb ramai
sgt kot dlm satu kelas, dekat 60 lebih jgk rasanya. Tak pernah lagi aku gather
dengan dorang sume. Ada pon dorang buat BBQ tu aku pergi perkampungan orang
asli kat Kuala Who, Perak. Hmm, xpe,lepas2 ni mungkin mcm2 lagi yg boleh buat
sama2 kan.
Hidup semester kedua??pada tahun pertama?? Its seem I’m not
really like it. I don’t know why but hmm, “I feels stupid when I’m alone” haaa,
like this! Semester ni serius byk sorang2..mana2 pergi pon sorang2 jgk. Dah
rasa mcm semester ni aku xde kawan plak. Sume kawan jenis mcm kawan datang
menyinggah je..ada in certain time then hilang balik.lepas tu aku jumpa kawan
lain then hilang then jumpa lagi kawan lain then hilang. I don’t know why all
of this happened..huhu. mmg rasa alone
gila punya laa. Ape yang tak kene pon tak tahu la. Mungkin semester ni semua
busy sangat kot..yela aku sendiri pon busy. Ada masa sikit je memang aku guna
betul2 untuk relax. Tido ahh ape lg. haha! mana tak nye, kelas tak de gap,
sampai ke petang lagi, projek mega kelas Baksis la, aktiviti kolej lagi, gila
busy oi. Sampaikan, banyak jgk hal yang aku tolak tepi yang aku tinggalkan kan
belakang. Maaf kepada yang berkenaan. Huhu
Semester kedua ni aku amik 22 jam kredit! Gila kau kata tak
busy camni??haa, semua subject blh thn hardcore jgk. Statics, Fluid Mechanics,
Instrument for Biology System, Mathematics Engineering II adalah antara subject
yang gila punya la. Ni ada cerita pasal subject Instrument for Biology System
ni..subject ni ada lab, lab pasal electronic programming. Kene set up kan litar
atas Homework Board ikut sama macam dalam buku manual die, patu copy coding
die, cucuk USB kat Homework Board tu, Run kan coding td then tgk la hasil die
kan, LED menyala ke, Servo berputar ke, Buzzer berbunyi ke, 7-Segment nyalakan
nombor/huruf ape ke.. actually, it is quite fun but kadang2 kalau tak jadi mmg
frust la..dah la banyak kene buat. Memang stress masuk lab Basic Stamp ni.. nak
jadikan cerita suatu hari ni, (aku group dgn Nad je dua orang tw) aku dgn Nad
dah stress dah buat benda tu..kejap jadi kejap tak jadi..depan meja kitorng ada
satu group ni. Perempuan jugak. Name will not mention here :) tengah2 buat ni baru
je nak Run coding ttbe computer gelap. Ahh sudah! Dah apehal ni kan. Rupanya2
member kitorang kat meja depan ni dah tersalah tutup suis. Die pergi tutup suis
computer kitorang. PERGHH! Dah la tak sempat save lg bnd2 tu sume. PERGHH!! Terdiam
aku dgn Nad. Then, member tu boleh cakap “sorry arr weyh” . tu je die ckp?? Aku
memang dah menyirap dah time tu. Aku cakap la yg kitorang dah banyak buat
kot..yang bertambah menyirap lg bila die boleh cakap “kira ok la tu, kitorng
lagi la xmula ape2 lg..ok la tu ada la jgk satu dua coding yang dapat
diselamatkan “ haishhh. Allah sahaja la yang tahu betapa aku menahan sabar aku.
kalau ikutkan hati memang mati budak tu aku kerjakan. Heh! Sejak kejadian itu
kami lebih berhati-hati. Buat je satu activity cepat2 save. Kekeke! Dan sejak
kejadian itu juga, berubah sekali la persepsi aku terhadap mereka. Ya, I know,
nobody is perfect but at least kau tunjuk la rasa bersalah kau tu sikit bila
dah rosakkan kerja orang. Memang la benda dah nak jadi nak buat camna, tapi ada
kot proper way untuk kau minta maaf. Tak pela, aku dah lupakan pon. Dan lepas
ni aku akan sentiasa berhati-hati dengan kau. Haha.
Masa berlalu sangat cepat semester kedua ni. Sekejap je rasa
‘eh?? Dah nak final?? OMG! Mati ahh aku tak study ape lagi oi!’ ya, itu lah
yang terjadi. Tetibe je,eh?dah nak final?ape je yang aku dah prepare ni? Huhu.
Carrymark macam harem je semester ni. Yang ok pon Math je. Boleh laaa. Hehe. Bila
final, jawab pon macam erk. *mati tercekik* Statics la paling killer membunuh
menikam memancung sekali. Suruh jawab 4 soalan aku nice gila jawab 2 soalan je
-….- sumpah hampeh weyh. Ahh! Xnk cakap pasal final dah. Huhuk.
Sosak tak sosak la semester kedua ni aku banyak sangat hal
nye. Kesana kemari aku. minggu ni pergi Kuala Selangor melawat sawah padi. Minggu
depan tu mid-term semester break tak silap aku. minggu lepas midterm tu pergi
Melaka untuk Program Baksis, minggu depannya tu pulak pergi Taiping lawatan ke
DreamEdge. Minggu depannya lagi pergi Tapah,Perak untuk Program Sukarelawan di
Perkampungan Orang Asli Kuala Who. Awal2 sem tu pergi Sungai congkak dengan
ALFIC,patu pergi Ekspedisi Gua kat Gua Maloi, N9. Gila kau, aku travel je. Haha.
SERONOK OKAYY! Pengalaman baru untuk aku. seronok!. Kisah2 semua ni akan
diceritakan dlm next entry. Nak cerita
sume ni parah la berjela woi. Hee. Tata!
haha..gud luck laa untuk taon2 seterusnya.. :D
ReplyDelete