Friday, January 13, 2012

MR. CUPCAKES! (PART 1)

Assalamualaikum..                                             
Mood : Mr.Cupcakes ada sebelah.amik inspirasi nak tulis entry ini :D

Korang ingat tak buku PTSONE yang aku baru beli hari tu..da habis baca da..so aku nak cite ckit la pasal buku ni memandangkan moral yang ditunjukkan sangat berguna *alang2 aku memang da xde keje nak buat kat rumah ni.



Erk. Kalau korang tgk hiasan latar belakang dan saiz serta font yang digunakan mmg agak kebudak budakkan..langsung tak sama dengan novel2 yang biasa dibaca oleh golongan remaja seperti aku dan ya mungkin juga golongan dewasa yang minat membaca novel. Tapi bagi aku..sume tu tak penting..yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Dan ya..latar belakang, saiz dan font yang comel ni buat aku lebih tertarik untuk membaca dan berimaginasi. Bukankah itu yang sepatutnya? pernah aku terdengar perbualan ibu ibu ketika aku mengunjungi pesta buku antarabangsa di PWTC beberapa tahun yang lepas.

Ibu A : anak saya suka baca buku2 PTSONE ni. :D
Ibu B : anak saya pon..buku ni bagus..banyak moral ditunjukkan..
Ibu A : saya pon baca sekali. Tettttttttttt……..

Tengok!! Ibu orang pon baca sekali ..anak die pon bukan budak kecik yang sekolah rendah tu..anak die pon baya2 aku je..so kesimpulannya,, buku yang bergenre mcm ni..adalah sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat.. hee. Try la bce..korang akan mendapat satu semangat yang sangat ajaib.hehe. btl..janji tak tipu.. aku ingat lagi kawan aku masa Form 2..nama die Hazmi..muka memang macho gila la..suara lelaki habis..memang die paling mature la dalam kelas aku..tapi yang buat aku tak percaya sampai sekarang tw..die peminat nombor 1 buku2 PTSONE. Haa..koleksi buku die lagi banyak drpd aku..dan aku yakin die masih membacanya. Huhu.

Ok. Nak cite pasal Mr.Cupcakes plak.. watak utama : Eddie,, nama sebenar Ramlidi bin Hassan.. anak tunggal En. Hassan dan Puan Kartina. Eddie ni berkelulusan dalam bidang kejuruteraan..tapi die ni menganggur..puas da mak die berleter setiap hari suruh die keje..tapi Eddie ni sebenarnye masih keliru tentang kerjaya die..da banyak surat permohonan kerja die isi..tapi belum ada rezeki lagi.. die ada kawan baik nama Apai..Apai ni pulak tengah tunggu tawaran menjadi tentera..so sepanjang Eddie menjadi penganggur dan sementara Apai menunggu tawaran ..dorang berdua ni selalu melepak bersama la..Eddie hebat bermain skateboard, Apai hebat memancing..masing2 ada kelebihan dan minat mereka sendiri.tapi itu langsung tidak menjejaskan persahabatan yang terjalin.. variasi dalam minat mereka buat persahabatan mereka lebih meriah dan akrab..hebat kan? Tak macam reality..masing2 cemburu dengan kelebihan yang ada pada kawan..

Nasib baik la Eddie ni pandai berfikir tentang masa depannya.. die pon nak berjaya jugak..da bernanah telinga dengar emaknya berleter setiap hari..die nak buat ibu dan ayahnya berbangga dengan dirinya..die nak bantu ibu dan ayahnya yang telah bersusah payah mencari duit bagi membesarkan die..emaknya menjual mi kari dan ayahnya mempunyai bengkel sendiri.. oleh itu, Eddie bertekad untuk mencari kerja..semasa Eddie dan Apai berkerja sambilan di kafe milik pakcik Apai di stesen kereta api..Eddie terlihat seorang kanak2 sedang makan cupcakes..Eddie tertarik dengan hiasan yang kreatif dan rasa cupcakes yang sangat sedap tu..die mendapat idea untuk membuka perniagaan membuat cupcakes.. tapi die takut ditertawakan oleh rakan2 nya apabila mengetahui die ingin belajar memasak..dah la Eddie ni seorang lelaki tulen yang tulen la..hehe..

tapi die tetap tekad dengan keputusannya.. sebagai langkah pertama,, die pergi mencari maklumat di internet tentang cupcakes..die buka blog2 yg mengadakan bisnes jualan cupcakes secara on9..matanya terus tertancap pada blog MissCinta@Cupcakes.. Die terus menerus scroll untuk mencari cara menghubungi pemilik blog itu..akhirnya die menjumpai satu column dimana pemilik blog itu meletakkan email Skype dan YahooMessenger..terus Eddie menambah kenalan pada ruangan Skype miliknya..memang rezeki Eddie masa tu.. MissCintaCupcakes sedang on9..die segera membuka ruang bual bagi berhubung dengan MissCintaCupcakes..Eddie gne nama samaran Princess *nama skateboard Eddie.. dengan nama ni xdela orang tahu identitinya yang sebenarnya..aku selitkan sekali perbualan mereke ok..

Princess : hai!
MissCintaCupcakes : hai ! ^__^
Princess : selamat berkenalan. Saya Princess.
MissCIntaCupcakes : selamat berkenalan. Tahu, saya boleh membaca
*Eddie menepuk dahinya. Malu juga dia apabila disindir begitu.
Princess : saya ada melihat blog kek cawan awk. Cantik.
MissCintaCupcakes : terima kasih.
Princess : saya juga berminat mendalami cara membuat kek cawan
MissCintaCupcakes : baguslah, awak ada asas membuat kek?
Princess : emm..
MissCintaCupcakes : tiada ya?
Princess : ya. Saya tidak tahu memasak langsung.
MissCintaCupcakes : jangan risau. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam (^__^)v
Princess : terima kasih. Boleh awak ajar saya asas membuat kek cawan?
MissCintaCupcakes : boleh. Formula pertama yang awak perlu ada adalah minat.
Princess : emm..saya berminat juga dengan kek cawan kerana ia sangat menarik.
MissCintaCupcakes : formula kedua awak perlu berusaha.
Princess : inilah usaha saya, iaitu berjaya menjejaki pembuat kek cawan yang cantik seperti yang awak buat
MissCintaCupcakes : ketiga, usaha lagi.
Princess : awak sudah beritahu berkenaan ‘usaha’ pada  formula yang pertama tadi.
MissCintaCupcakes  : hei, awak sangka kek cawan boleh menjadi dengan baik pada percubaan yang pertamakah? Usaha!
Princess : err.. garanglah awak ni. Baiklah saya paham.
MissCintaCupcakes : maaf, saya tak boleh teruskan perbualan kita.
Princess : awak mahu kemana? Saya belum habis.
MissCintaCupcakes : maaf, saya perlu menjaga anak buah saya.
Princess : eh, awak buka pusat asuhan kanak kanak juga ya?
MIssCintaCupcakes : ish!
Princess : baik. Baik. Hehehe!
MissCintaCupcakes : sekiranya ada perkembangan berkenaan usaha awak, hubungi saya ditalian 010-1123121
Princess : terima kasih.

To be continued…… ;)

No comments:

Post a Comment