Kalau korang perasan, dalam 1 hari je ada banyak entri aku post kan? Haha. bukan aku tulis sume ni dalam satu hari la, semuanya hari lain2..sebab aku tak dapat nak online pada hari aku tulis entri tu..so aku save as a doc je la dulu..hmm, sejak sejak dah berjinak dengan blog ni..diari aku ntaa ke mana da..haha. menaip lebih pantas dari menulis. Kehkehkeh. Blog ni pon aku da buat macam diari aku je. Cerita macam2, kepada sesiapa yang baca blog aku ni..korang buat bodoh je kalau ada cerita2 merepek aku tulis kat sini. Kadang2 tu mesti ada yang terdetik dalam hati ; eh, ni pon nak cerita kat blog ke?
*eh, suka hati aku la, aku punya blog meh*
Haa, sebenarnye, aku kalau boleh..tak payah la ada sapa2 yang baca blog aku ni..aku malu sebenarnye. Kehkehkeh :’)
*kalau ada yang baca blog kau Shafiqah!*
*suspens jugak tw*
Entahlah, tapi aku lebih senang menulis blog ni. Aku akan lebih tenang ataupon lega bila dapat menulis blog. Kalau ada apa2 yang gembira yang sampai buat jantung aku macam nak terkeluar akibat terlalu teruja ataupon apa2 yang tak kena ; hati tak sedap ke, hati sakit ke, hati tak tenang ke ataupon apa2 yang berlaku yang aku nak ingat sampai bila2 ; aku akan menulis blog. Ia buat aku puas sepuas puasnya tahap cipan la. Kira macam satu beban terlepas la. Fuh! Lega!
Masa baru2 buat blog ni, aku pernah ajak kawan aku buat blog jugak, tapi dia kata “ tak nak la, nanti ada yang terasa nanti. Mulut aku pedas weyh. Kang ada yang tergigit cili bila aku tulis ape2 nanti ”
*tulis blog pon ada pantang larang ea?*
*kehkehkeh*
Sekarang ni macam2 kita jumpa jenis2 blog ni..masing2 ada tujuan tersendiri wujudnya blog dorang tu. Ada yang berblogging sebab nak share maklumat berguna, petua2..ada jugak yang buat blog ni sebagai bahan propaganda mereka. Politik misalnya. Ada jugak yang berkongsi pengalaman mahupon kisah hidupnya. Apa pulak tujuan saudara saudari cikebom cikebom yang sedang menjengah ke blog saya ni? ;)
Pernah terfikir tak yang menulis itu datang dari hati tapi tak semestinya berbicara itu juga datang dari hati. Orang selalu cakap kan ; hati kata lain, mulut kata lain. Think about it ;) Ada orang pernah cakap kat aku ; awak ni memang pandai berkata2, memang lancang bila berbicara. COPPP! Erk.wahai saudari/saudara, saya tak pernah berbicara dengan anda, saya hanya menulis/menaip sahaja. Pembetulan ye disitu. Tapi, tetibe aku terfikir. Aku cakap dengan aku menulis sama ke?
*garu-garu kepala*
*berfikir sejenak*
*hmm*
*menongkat dagu pula*
*tersenyum kecil*
*geleng2 kepala*
Seronok sebenarnye bila ada dalam dunia kita sendiri. Dunia tanpa sesiapa. Tanpa gangguan, melainkan tetiba korang terdengar ; oi anak dara! Buat ape la tu! Meh tolong aku kat dapur ni haa!. Haha! itu baru gangguan namanya :p ni bukan kes berangan okay! Ni lebih kepada masa2 kita bersendirian. Contoh la kan ; baca novel. Aku kalau da start baca novel orang jatuh sebelah aku pon aku takkan perasan, lagi ; bila duduk sorang2 mengadap tasik yang tenang sambil makan aiskrim. Ni part paling aku suka. Aku kan suka nature..so, aku memang suka ke tempat2 riadah macam taman ke, tasik ke..aku tenang bila kat tempat2 macam tu. Kat UPM ada satu port baik punya.kat Bukit Ekspo namanya. Kurang orang lalu lalang, permandangan yang luas..boleh tengok train KLIA Ekspres tu lalu lalang sambil kira tingkap train tu ada berapa. Haha. mencabar kot,yela, train tu laju kot..setakat ni aku kira ada 28 tingkap kesemuanya. Tak tahula betul ke tak kan. Hee.
Okay kalau ikut gamba ni..korang bayangkan korang tengah diri menghadap train tu..jalan je terus sampai hujung sikit tu..kat situ macam bukit ckit..haa, kat bawah tu la port best! Kat tasik tu,sebenarnye kolam. Hee. Seronok tempat tu, tak ada apa2 pon kat situ..kosong je..orang jiwa nature macam aku je yang paham kenapa tempat tu best. Cewah! Haha. *ok foinee! Tetibe rindu UPM*
Aku – Mal – Nisa – Aisyah
Ni gambar masa first time jejakkn kaki ke Bukit Ekspo tu. Freshmen lagi masa ni..baru 4 hari masuk Asasi. ;) aku pon suka study kat tempat2 cenggini. Minda lebih terbuka, senang ilmu nak masuk. Kehkehkeh. Sampai selipar aku pon boleh putus masa ni..haha.
Ok la, sampai sini saja. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis ;)
jap nak abdikan satu gamba kat sini :)
jap nak abdikan satu gamba kat sini :)
*K13~ DALAM KENANGAN*
No comments:
Post a Comment