Monday, January 9, 2012

ape kot -.-'

assalamualaikum...

tadi ni..baru je ni..aku on9 facebook.. seperti biase aku akan treasure dulu status org kat homepage tu..baru la aku bkk satu2 notification aku..then mse tgh "facewalking" tu..aku ade terbce satu comment hamba Allah ni kat status hamba Allah lg sorang..hee. aku rse die xikhlas pon nk comment kat situ =.= saja nak cari pasal je tu.. tak tahula kalau korang pernah baca ke an comment ni..tp kalau dapat kat aku la..aku akan buat mcm ni =.=  =.=  =.=  =.=  =.=  =.= byk2 kali. HAHA!


Sebenarnya saya nie cukup malas hendak mengomen post anda ini.Tapi saya selaku pelihat dan pemerhati post-post di sini harus juga mengomen di status anda.Mungkin anda akan berasa letih membacanya tapi saya tetap mahu menulis sepanjang ini k......erana saya begitu berharap anda akan membacanya.Saya merasakan bahawa saya wajib mengomennya dan itu terpulang kepada anda jika anda tidak mahu membacanya.Saya merasakan jika saya mengomen di status anda,saya berasa comment sayalah yang paling bagus dari semua comment-comment yang ada di status anda.Mungkin ada yang mulutnya akan berbuih jika membaca comment ini.Tapi saya selaku pengoment akan tetap menulis sepanjang mana comment yang saya dapat tulis.Saya meminta maaf jika comment ini membuatkan anda menyampah dan ingin memblock anda dari status kawan saya.Tapi saya redha dengan keputusan itu.Mungkin dalam fikiran anda,anda berfikir kenapa saya mengomen sepanjang mungkin.Kerana saya sudah jelaskan tadi,saya selaku pengoment harus memberi komen terbaik dari yang terbaik dari pengoment-pengoment yang lain.Bagi saya,ini satu kepuasan bagi saya jika saya dapat mengoment status anda sepanjang yang mungkin dan saya harap comment sepanjang ini dapat memuaskan hati saya dan juga semua pihak.Saya merasakan bahawa anda harus membaca comment ini kerana ini juga salah satu ilmu dan anda harus terokai.Jika saya menulis comment ini sepanjang-panjang mana yang boleh.Ini dapat meningkatkan lagi kemahiran bertulis saya terhadap komputer.Untuk pengetahuan anda,saya menghabiskan masa selama 30 minit menulis comment ini dan saya berasa ini comment terbaik dari yang terbaik yang pernah saya tulis.Maafkan saya sekali lagi,tapi saya harap anda mengerti comment saya yng begitu panjang ini.Mungkin sekarang nie sebahagian dari pembaca sudah matanya juling kerana pening membaca comment ini.Tetapi ini ialah hakikat,saya tetap mahu mengommentnya.Saya sangat menghargai anda kerana anda

sanggup tekan "See More" semata-mata mahu membaca comment saya.Saya sangat terharu dan ini juga membangkitkan semangat saya bagi terus mengomment dan mengomment status anda sebanyak yang mampu.Bagi menulis comment ini,saya telah membeli KFC dan juga PIZZA HUT bagi membolehkan saya tidak keletihan bagi mengoment status anda ini.Kerana saya merasa anda ialah seorang yang sangat bertuah kerana telah mendapat comment saya nie.Mungkin sebahagian dari

tuan punya status ini suka dengan comment saya ini,dan mungkin juga sebahagiannya tidak suka,tapi saya tetap berharap supaya anda menyukai comment saya kerana saya telah menghabiskan duit bagi membeli KFC dan PIZZA HUT SEMATA-MATA mahu mengomment di status anda ini.Kerja saya di facebook ini hanyalah mengomment status orang dan ramai sekali menyampah dan ada juga orang ketawa melihat comment saya yang begitu panjang lebar nie.Saya berharap selama anda membaca comment saya ini.Sedikit-sebanyak ada juga ilmu yang akan masuk ke kepala otak anda.Sebenarnya saya berfikir mahu menulis lagi.Tetapi saya fikir cukuplah comment saya setakat ini kerana saya berfikir,mesti ada orang sudah masuk hospital gara-gara membaca comment saya ini.Sekian saja di sini.Dan terima kasih sekali lagi kerana sudah membaca comment saya sehingga di akhirnya.

p/s : korang baca la sampai juling biji mata okey! ^_^ 


2 comments: