Wednesday, August 1, 2012

Hmmm..

Assalamualaikum..

Sudah seminggu kita berpuasa..ini bermakna tinggal sebulan je lagi cuti aku nak habis. Dan selepas ni bermula la kehidupan baru aku. tak lama je lagi chapter ni nak habis. Lagi berapa muka surat je lagi. Selepas ni tiada lagi episode2 itu. Tiada lagi ingatan terhadap itu. Huh. yeke? Sedangkan sekarang ni pon hampir saban hari aku pasti terimbas kenangan itu. Susahnye nak lupakan. Apa saja yang ada didepan aku sekarang, sumenya akan ada kaitan dengan itu. Macam mana lagi nak lupakan. Luka masih belum sembuh sepenuhnya. Kalau terus begini, macam mana luka nak sembuh. Alahai hati dan otak. Bekerjasama la kamu. Seia dan sekata la kamu. Aku tahu, selepas ini pasti tak akan dapat aku sendiri bayangkan bagaimana aku akan menempuhnya..kata2 orang..orang akan tanya twin, orang akan tanya..orang akan tanya mana kau. Mana kau pergi. Apa yang aku nak jawab twin? Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau biar diri kau menyeksa hati ini. Aku tahu, sekarang kau dah jauh pergi..selangkah demi selangkah kau tinggalkan aku. kau tinggal kan sekali semua kenangan itu bersama aku. kenapa kau tak bawa sama kenangan tu? Kenapa tinggalkan kat aku? sampai hati twin buat iqa macam ni. Sampai hati twin..

Bantu aku lupakan kau. Bantu aku. aku tak nak kau muncul dalam hidup aku lagi sampai bila2. Jangan muncul baik dalam alam nyata mahupon dalam mimpi2 aku. aku benci kau. Kau tak layak muncul dalam hidup aku lagi. aku menyesal mengenali kau. Menyesal sangat. Kau memang parasit. Kenapa aku ditakdirkan bertemu dengan kau. Apa hikmah disebalik semua ini? Jangan muncul dalam bayang2 aku lagi. Aku akan lupakan kau. Terima kasih sebab pernah menyayangi diri ini. Aku tahu tu twin. Kau tak tipu tentang perasaan itu. Aku tahu. Terima kasih.

Notakecil : mujur lepas ni aku tak duduk lagi berdekatan dengan tempat kita. mungkin aku akan jarang ke tempat kita. dari situ.aku akan berusaha lupakan kau. Walaupon roommates kau sejurusan dengan aku. aku akan pastikan aku boleh lupakan kau. Aku akan pergi jauh dari kenangan kita. aku akan tinggalkan kenangan kita di tempat itu. Ingat kan, aku pernah kata, walau macam mana pon, kau mesti balik kat tempat kita kan..aku tarik balik kata2 aku. kau tak payah jejak lagi kat tempat kita. jangan pungut balik kenangan kita. maafkan aku twin. A.H

love, 
kura kura

3 comments:

  1. Kuatkan hati ika. Semua jadi ada sebab. Be strong like me. mcmana kita teruskan even kita sakit sgt. You still have family and friends, your life. Ingat tu!

    ReplyDelete
  2. ye, betul tu. thanks fanaa. thanks sebab ada dengan kita walau dalam apa keadaan sekalipun :)

    ReplyDelete
  3. eley poyo je ayat. chill la kak! :P

    ReplyDelete