Saturday, August 11, 2012

Persiapan

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak menulis. Rindu pulak. Yela, sejak bulan puasa ni..masa pon da terisi dengan macam2. Sekarang ni pon da sibuk dengan persiapan menjelang raya. Seperti biasa la setiap tahun aku dengan ibu mesti buat kuih raya punya. Jarang beli2 ni..orang kata apa.tak main la kuih tunjuk ni kan :P

Sedar tak sedar lagi seminggu je nak raya. Wow! Cepat gilosh ramadhan tahun ni. Alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk menikmati ramadhan pada tahun ni. Setiap kali raya mesti orang akan ingat ahli keluarga atau orang tersayang yang telah pergi buat selamanya. Tak terkecuali jugak aku. andai la arwah atuk masih ada, pasti keadaan lebih baik sekarang. Kalau ikutkan dalam keluarga besar aku, adik beradik aku la yang paling rapat dengan atuk dengan nenek sebab kitorang da duduk dgn dorang sejak lahir lagi. Kitorang la cucu kesayangan atuk dengan nenek. Atuk dengan nenek selalu bawak kitorang balik kampong. Selalu beli kitorang macam2 :) sekarang sume tu dah tak ada. Sejak atuk tak ada, dekat 7 tahun da..sejak tu da jarang balik kampong. Kalau tak dulu 2 minggu sekali mesti balik kampong. Nenek pon da sakit, kene strok 2 tahun lepas. Semua da pecah2. Rindu sebenarnya dengan adik2 sepupu aku. memandangkan aku cucu sulung, ramai adik2 sepupu yang perlu aku kesah. Tapi sekarang semua da tak membesar depan mata aku. :’(

Lagi 3 minggu jugak sebelum aku mula kembali sebagai pelajar varsiti. Nak kene jugak buat persiapan. Ya Allah dugaanMu..aku sendiri pon tak tahu kenapa. Setiap kali nak uruskan sesuatu mesti ada benda tak lengkap. Itu tak ada la, ini lupa la.. mesti ada satu benda yang akan tertinggal. Kenapa susah sangat urusan aku ni.
“ ya Allah, ampunilah dosa2 ku ya Allah..”
Apakah lagi hebat dugaanku nanti? Kuatkan semangat ku ya Allah..duit nak bayar yuran pon nak kene cari jugak. Bukan boleh jatuh dari langit. Kesian ayah mencari sorang2. Ni nak raya lagi, banyaknye nak belanja..hurm. semoga kami dimurahkan rezeki oleh Nya.


p/s : selamat hari jadi to my dearest sister
Nur Najwa Aina!
jangan nakal2. 
kak yong sayang Aina tw :D


No comments:

Post a Comment