Sunday, January 8, 2012

pengembaraan 2011

Assalamualaikum..

Ye ye..aku tahu sekarang ni dah berapa hari bulan..bukan lagi 1 Januari 2012..lambat sikit updated pasal new year ni..yela kesibukkan menghadapi peperiksaan akhir menghalang aku untuk menghabiskan masa berjam jam depan laptop. Hee. Bagus la kan..kalau tak..tak sentuh buku la aku jawabnya. Rasanya masih tak terlambat lagi untuk aku ucapkan….
“SELAMAT TAHUN BARU!”

HAHA! sumpah aku rasa ketinggalan gila. =.= ok sekarang final dah habis. Erk? Blh jwb tak aku ni? Ermmmm… Chemistry? insyaAllah. Biology? Pon ok jugak la. Physics?erk. 50-50 la.susah sikit. Agri? Haha!kitorang da jwab soalan dulu da sebelum yang real pny. Dpt soalan spot sejibik soalan sebenar. Bonus utk kitorng la. Math? Ada susah ada senang. Credit to Nisa sebab aja Riemann Sum 10 minit sebelum masuk dewan. Gelabah aku hafal steps and formula die. Iffa pon sampai buat muka terpegun tgk aku dapat menghafal dengan sekejapnya.haha. janji kelakar muka Iffa mse tu. Nasib aku dapat jwab.hee. So tengah cuti sem la ni..tapi seminggu je pon..baik tak payah ouh. Buang masa aku je duduk rumah tak ada buat apa apa. Huhu. Si pujangga hati aku tu pon tengah final jgk ni… “buat the best tw awk!”

2011. tahun yang aku rasa paling sekejap.dan paling banyak benda terjadi. Fuh! Boleh tahan mencabar jgk tahun lepas. Memulakan permulaan tahun sebagai pelajar lepasan SPM. Bekerja di Guardian Pharmacy selama 4 bulan sebelum menerima tawaran belajar dalam Asasi Sains Pertanian di UPM. 20 May 2011.. bermula lah pula perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar pra-universiti. Setengah tahun cukup untuk menghabiskan 2 semester di UPM. Tinggal lagi 1 semester saja lagi yg bakal bermula pd 16 Januari ini insyaAllah..awal bulan 5 tamatla pengajian aku di peringkat asasi ni..bln 9 plak baru mula degree. How fast I’m grow up :D

ye . aku dapat rasa perubahan fasa hidup aku kepada yang lebih matang. Banyak benda aku belajar tentang hidup selepas alam persekolahan. Seronok. Seram pon ada. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun lepas. Aku dapat rasa manisnya dalam persahabatan kat UPM ni. Kawan2 yang sangat memahami dan menerima aku dengan tangan terbuka. Especially roommates aku. Mal, Nisa, Fanaa, Iffa dan Aisyah. Korang mmg best! J tak lupa juga classmates First Class! Korang mmg terbaik la! Serta kawan2 ASPER yg lain. Korang ahli keluarga yang baik.

Azam tahun baru? Hurmmmm. Aku pon tak tahu la. Haha. aku cuma nak jadi yang lebih baik daripada semalam. Itu je. Shafiqah, kau ni tak berazam nak dapat 4 flat ke?? Huh! Bagi aku tu bukan azam. Itu adalah tanggungjawab dan impian aku dan juga orng lain sebagai seorang hamba Allah yang wajib menuntut ilmu. Kita cuma perlu berusaha untuk mencapai kejayaan. So,,,,,,, I’m 19 this year!! Wah! Da makin banyak da jumlahnya. Dan tahun ni jugak merupakan tahun terakhir aku dan nineteenians yang lain menikmati saat akhir merasa no 1  pada umur! Haha. tahun depan no 2 da oi! Tahun ni jugak aku bakal mendapat seorang adik lagi! Hee. :p insyaAllah.korang doakanlah segalanya selamat..bayi mahupun ibunya. J aku cuma harap tahun ni lebih bermakna untuk keluarga aku.
p/s : tahun ni,,tahun ke-6 kita awak! Tak sangka. J
 hope kita akan lebih in love this year <3

No comments:

Post a Comment