Friday, April 20, 2012

sebelum hari itu tiba

assalamualaikum..
#sambil makan instant soup : VONO

Hari ni 20 April 2012. pada hari yang sama iaitu Jumaat, genap lg sebulan, setahun aku berada di UPM. tak sangka. masa tu berlalu begitu pantas. terlalu banyak memori tersemat.  cukupkah otak aku utk menyimpan seribu satu memori itu. kuatkan ukhwah yang terjalin antara kami, ya Allah.

Disebabkan itu juga la, hari ni mcm2 perkara berlaku. sungguh menguji perasaan dan emosi aku. ntaa la. aku sendiri tidak tahu kenapa, tapi hari ni aku rasa sangat sebak. sebak bila mngenangkan pelbagai perkara. lagi lagi tinggal 5 hari je lg sebelum final exam bermula. fuh! apakah persiapan aku? semester kali ni betul2 menguji aku. semoga apa yang telah aku usahakan membuahkan hasil yang setimpal. semoga aku dipermudahkan segala urusan. semoga aku diterang dan ditenangkan hati oleh-Nya. Aminnn..

Permohonan degree pon sudah aku selesaikan. semoga apa yang menjadi pilihan aku adalah yang terbaik untuk aku. rasa kecut perut semalam masa nak click button "Sah dan Hantar" tu. fuhhh, time nak isi borang upu pon tak macam ni. pilihan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan..setakat ni, ni saja yang dapat aku fikirkan yang aku mampu lakukan. medic?? aku sanggup untuk belajar tapi aku tak sanggup untuk bekerja. haha. jangan tanya kenapa. tapi memang.. heeeeeee *geleng2kepala*

Malam semalam, ntaa kenapa rasa sedih tu meninjau kembali. untuk kedua kalinya aku menangis kerana perkara yang sama. tak pernah terlintas pon sebelum ni aku akan menangisi hal yang satu ini. kalau sebelum ni aku hanya berserah kepada Allah untuk menentukan pertalian persahabatan yang terjalin ni kekal atau tak. tapi, apabila masa tu sangat mencemburui kami, aku tak nak hilang hal yang berharga itu. kerna rasa cinta dan sayang padanya kerana Allah telah tersemat dan tersimpul cantik di hati aku.. aku buntu untuk mencari jalan bagaimana untuk menahan rasa rindu yang bakal menerpa. aku buntu bila mengenangkan aku akan kembali ke upm semula lagi 4 bulan tanpa dia. tanpa dia yang hampir saban hari berada disisi aku.  tanpa dia yang setiap masa menemani aku jauh dan dekat. macam2 benda kita dah kongsi, pelbagai cerita telah diperdengar ..lepas ni, ntaa bila kita akan berjumpa. walaupon aku tahu kau susah untuk lepaskan dia.. aku berserah jika tiada jodoh kita. ini yang aku pinta, jadilah insan yang berguna. bina semula tujuan hidup, bangkit dari kejatuhan ini, berjuang sehabis yang boleh sebab aku tahu kau mampu lakukan. aku sentiasa menjadi tulang belakang mu. aku ikhlas menerima mu dalam hidupku. janji kau tak persiakan hidup mu dan juga hidup kita. kuatkan semangat ku untuk menanti hari itu.

\

No comments:

Post a Comment