Friday, April 18, 2014

Second Year; Single Year


Assalamualaikum..
p/s: kemain lama tak update entry. Sibuk die, hmm. Biasalah, nama pon Engineering student :p

So, how was your life now? Adakah lebih baik atau lebih buruk? Im already in the end of Second Year. Lg 2 tahun. Siapa percaya yg tahun dpn dah practical dah. Huhu. Masa. *sigh* Mcm cemburukan zaman muda aku. 21 years old this year (not official yet). Apa aku nampak untuk masa depan aku ? entahlah.. aku tak nampak apa2 lg pon. U know what. Apa yang kau belajar kat Universiti ni takkan sama dengan apa yang kau akan kerjakan nanti. Itu yang buat aku takut. Takut dengan masa depan ke Shafiqah? Now? Yup! Aku takut dengan masa depan aku. dengan hidup yang masih solo ni.. bertambah takut aku. haha.

For this Second Year; Single Year. HAHA. of course banyak benda aku belajar. Belajar hidup sorang. Bila kau dikelilingi dengan kawan2 yang bukan single. Agak susah kau nak kawal perasaan kau. Kekeke. Lagi2 bila salah sorang kawan kau dah nak kawin pon cuti sem ni. Main emosi beb!. Hehe.

Ape aku buat untuk Second Year ni? Hmm. Ouh, aku buat program. First time jadi Pengarah Program. Its something big for me. Mcm tak percaya jugak aku boleh handle program besar la jugak mcm ni. Joinventure dua kolej kot. Klu kau buat event dlm kolej kau tak ada rasa ape sgt since kolej aku ni semua perempuan. Ni gabung pulak dengan kolej lelaki. Kau perempuan nak handle lelaki. Hmm, setahun jugak la aku plan untuk program ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. EKSPEDISI BAKTI MAHASISWA GUNUNG LEDANG 2014. Itulah nama program aku. yup. Kitorang pergi hiking kat Gunung Ledang. Haha. aku rasa benda ni macam gempak sebab Gunung Ledang kot. Korang pergi la google ranking track paling susah kat Malaysia ni. Gunung Ledang nombor 6 kot! Kalah Gunung Kinabalu.




Caption: the most sweet memories ever in my life!

Hmm. dah terlajak upload gamba yang last sekali tu nk cite sikit la. *konon terlajak upload :p*. By the way, his name is Fazli Hisham. aku kenal die ni masa kelas Baksis semester 2 dulu. dia pengarah program dan aku setiausahanya. nak jadikan cerita banyak masa2 aku dihabiskan dengan dia ni. asalnya pasal kerja Baksis lama2 jadi kawan rapat pulak. boleh kata setiap hari pergi makan sama2. sampai satu masa kitorang terpaksa lost contact sebab ada orang jeles dengan hubungan persahabatan kitorang. haha. so sad. but within that period die je yg call aku at least sebulan sekali. nak jadikan cerita lagi. hubungan persahabatan kitorng ni mcm pelik sikit. bg aku la sbb aku yg rasa mcm tu.. xtw la klu die kan.. ntahla, aku rasa mcm tak mcm kawan pon ada. dannnnn, hati perempuan mana yang tak terusik kalau ada orang caring lebih kat dia kan.. same goes to me. then masa final exam semester lepas; semester 3, ttbe die rajin contact aku balik. blh kata hari2 pulak die contact aku. aku pelik la, dah mana pulak pergi awek die. awal semester 4 ni la bru aku tw yg die dah xde pape dgn awek die tu. start la balik rutin kami pergi makan sama2. yela dah tak ada gangguan la katakan. ha ha. (so korng tw la sebabnya knp kitorng lost contact) .

Ye aku mengaku aku sukakan die. tp lps kitorg dah lost contact kejap tu perasaan tu xde dh atau sebenarnya aku tak pernah berhenti sukakan dia? sebabnya, sekarang aku rasa aku sukakan dia atau masih sukakan dia sama seperti dulu. sama seperti kali pertama aku nampak dia. dan sekarang pada saat aku menulis entry ni. aku sangat rindukan dia. dah bpe hari xcontact sbb die tgh ada game kat Kedah. aku pernah confess ke dia. tp takat tu je. HAHAHA. ape la sy nak buat ni awak, sy pon xtw la.. 

Kawan. seperti biasa, aku tak pernah ada yang sama minat semua sama dengan aku. kawan2 aku ni sume jenis lembut2. haha. mana layan aktiviti lasak2 ni. aku ni dah la suka camping, cycling, jogging.. lepaking kat taman2. wahhh, kemain lembut aku suka taman2. hehehe. ouh nak ckp pasal kawan baru ni. hehe. jap nak kasi tgk gamba *atas permintaan dia untuk patrikan nama die dlm blog aku ni* 


aku rasa muka kitorg sama. hahahahahaha. 

Ini adalah entry pertama untuk tahun ni. haha. ntaa bila aku blh update lg -,- semoga kalian berjaya dgn apa yg kalin sedang usahakan! :D

Tuesday, July 9, 2013

Khilatnya HambaMu Ini


Assalamualaikum..

Kala ini aku menaip di tempat yang pernah menjadi saksi kesungguhan aku menuntut ilmu suatu ketika dulu. Dan kini tempat ini sedang menyaksikan tingkah adik aku pula ; meja belajar. Ya, kini meja belajar aku tidak menentu. Sekejap di kolej ini, sekejap dibilik itu. Tiada yang tetap. Aku masih bersyukur. 

Hidup ni tak seindah rupa sebenarnya. Secara keseluruhannya, selama nafas ini diberi pinjam oleh Maha Pencipta, aku tak pernah merasa betapa bahagianya hati ini hidup ini jiwa ini. Jika ada pon, diberi pinjam cuma sekejap. mungkin aku tak pernah puas agaknya. Manusia. Bila mana dia pernah puas? Ada sahaja yang sumbing disana sini. Tapi, aku masih bersyukur kerana diberi peluang merasa pahit manis dunia ini.

Kisah aku sepanjang pendengaran kisah orang lain, tidak pernah sama. Ya, rezeki masing2 lain2. Aku tahu. Aku masih bersyukur. Tapi, kisah orang lain bersama pendengaran kisah orang lain yang lagi satu, sama. Hampir sama. Aku keliru. Kenapa begitu? Tidak bolehkah aku seperti kisah orang lain? Kejamnya dunia menyiksa diri ini jiwa ini.

Aku bertahan. Aku boleh tahan. Cuma sampai bila? Cemburu selalu menguasai diri. Aku masih bersyukur. Tapi, apa yang selalu diniati itu, selalu disalah tafsir. Aku tak kuat part itu. Aku selalu kalah dengan air mata sendiri. Kejamnya dunia menyiksa diri ini jiwa ini.

Dalam pada ada syukur masih ada tapi. Aku benci begini.

Sampai bila?

Astraghfirullahala’zim..

Friday, July 5, 2013

End of First Year


Assalamualaikum..

Fuh! Finally! Akhirnya! Erk.okay,maksud die sama je. Ni nak habaq ni..cheq sudah berjaya menamatkan tahun pertama cheq sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem! Haaa, habaq mai habaq mai ni. Tak sangka, cepat betul masa berlalu, tup tup dah hbs setahun dah..tinggal la lagi 3 tahun nak hbs degree ni..Alhamdulillah, semoga segala impian dapat dicapai..Aminn..

Segala penat lelah semput semua berjaya diharungi selama setahun ni. Semester kedua ni yang paling banyak menguji kesabaran aku. segala macam2 hal jadi dalam semester ni. Yang gembira, yang sedih, yang macam2 lg la jadi. Setahun hidup bersama ahli2 KBP’s, memang tak banyak kenangan terukir sebab,ntaa la, KBP’s tak macam ALFIC yang sangat AWESOME tu. KBP’s banyak puak dalamnye. Matriks dan asasi macam tak dapat nak bergabung. Lain sungguh cara hidup kami. Tapi walau macam mana pon, kitorang okay je. Xde la gaduh2 ke, tarik2 rambut ke kan. Hehe. Cuma tak de la rapat mcm ALFIC..mungkin sbb ramai sgt kot dlm satu kelas, dekat 60 lebih jgk rasanya. Tak pernah lagi aku gather dengan dorang sume. Ada pon dorang buat BBQ tu aku pergi perkampungan orang asli kat Kuala Who, Perak. Hmm, xpe,lepas2 ni mungkin mcm2 lagi yg boleh buat sama2 kan.

Hidup semester kedua??pada tahun pertama?? Its seem I’m not really like it. I don’t know why but hmm, “I feels stupid when I’m alone” haaa, like this! Semester ni serius byk sorang2..mana2 pergi pon sorang2 jgk. Dah rasa mcm semester ni aku xde kawan plak. Sume kawan jenis mcm kawan datang menyinggah je..ada in certain time then hilang balik.lepas tu aku jumpa kawan lain then hilang then jumpa lagi kawan lain then hilang. I don’t know why all of this happened..huhu. mmg  rasa alone gila punya laa. Ape yang tak kene pon tak tahu la. Mungkin semester ni semua busy sangat kot..yela aku sendiri pon busy. Ada masa sikit je memang aku guna betul2 untuk relax. Tido ahh ape lg. haha! mana tak nye, kelas tak de gap, sampai ke petang lagi, projek mega kelas Baksis la, aktiviti kolej lagi, gila busy oi. Sampaikan, banyak jgk hal yang aku tolak tepi yang aku tinggalkan kan belakang. Maaf kepada yang berkenaan. Huhu

Semester kedua ni aku amik 22 jam kredit! Gila kau kata tak busy camni??haa, semua subject blh thn hardcore jgk. Statics, Fluid Mechanics, Instrument for Biology System, Mathematics Engineering II adalah antara subject yang gila punya la. Ni ada cerita pasal subject Instrument for Biology System ni..subject ni ada lab, lab pasal electronic programming. Kene set up kan litar atas Homework Board ikut sama macam dalam buku manual die, patu copy coding die, cucuk USB kat Homework Board tu, Run kan coding td then tgk la hasil die kan, LED menyala ke, Servo berputar ke, Buzzer berbunyi ke, 7-Segment nyalakan nombor/huruf ape ke.. actually, it is quite fun but kadang2 kalau tak jadi mmg frust la..dah la banyak kene buat. Memang stress masuk lab Basic Stamp ni.. nak jadikan cerita suatu hari ni, (aku group dgn Nad je dua orang tw) aku dgn Nad dah stress dah buat benda tu..kejap jadi kejap tak jadi..depan meja kitorng ada satu group ni. Perempuan jugak. Name will not mention here :) tengah2 buat ni baru je nak Run coding ttbe computer gelap. Ahh sudah! Dah apehal ni kan. Rupanya2 member kitorang kat meja depan ni dah tersalah tutup suis. Die pergi tutup suis computer kitorang. PERGHH! Dah la tak sempat save lg bnd2 tu sume. PERGHH!! Terdiam aku dgn Nad. Then, member tu boleh cakap “sorry arr weyh” . tu je die ckp?? Aku memang dah menyirap dah time tu. Aku cakap la yg kitorang dah banyak buat kot..yang bertambah menyirap lg bila die boleh cakap “kira ok la tu, kitorng lagi la xmula ape2 lg..ok la tu ada la jgk satu dua coding yang dapat diselamatkan “ haishhh. Allah sahaja la yang tahu betapa aku menahan sabar aku. kalau ikutkan hati memang mati budak tu aku kerjakan. Heh! Sejak kejadian itu kami lebih berhati-hati. Buat je satu activity cepat2 save. Kekeke! Dan sejak kejadian itu juga, berubah sekali la persepsi aku terhadap mereka. Ya, I know, nobody is perfect but at least kau tunjuk la rasa bersalah kau tu sikit bila dah rosakkan kerja orang. Memang la benda dah nak jadi nak buat camna, tapi ada kot proper way untuk kau minta maaf. Tak pela, aku dah lupakan pon. Dan lepas ni aku akan sentiasa berhati-hati dengan kau. Haha.

Masa berlalu sangat cepat semester kedua ni. Sekejap je rasa ‘eh?? Dah nak final?? OMG! Mati ahh aku tak study ape lagi oi!’ ya, itu lah yang terjadi. Tetibe je,eh?dah nak final?ape je yang aku dah prepare ni? Huhu. Carrymark macam harem je semester ni. Yang ok pon Math je. Boleh laaa. Hehe. Bila final, jawab pon macam erk. *mati tercekik* Statics la paling killer membunuh menikam memancung sekali. Suruh jawab 4 soalan aku nice gila jawab 2 soalan je -….- sumpah hampeh weyh. Ahh! Xnk cakap pasal final dah. Huhuk.

Sosak tak sosak la semester kedua ni aku banyak sangat hal nye. Kesana kemari aku. minggu ni pergi Kuala Selangor melawat sawah padi. Minggu depan tu mid-term semester break tak silap aku. minggu lepas midterm tu pergi Melaka untuk Program Baksis, minggu depannya tu pulak pergi Taiping lawatan ke DreamEdge. Minggu depannya lagi pergi Tapah,Perak untuk Program Sukarelawan di Perkampungan Orang Asli Kuala Who. Awal2 sem tu pergi Sungai congkak dengan ALFIC,patu pergi Ekspedisi Gua kat Gua Maloi, N9. Gila kau, aku travel je. Haha. SERONOK OKAYY! Pengalaman baru untuk aku. seronok!. Kisah2 semua ni akan diceritakan dlm  next entry. Nak cerita sume ni parah la berjela woi. Hee. Tata!