Tuesday, October 2, 2012

Keseriusan Hidup

Assalamualaikum..

Lama dah rasanya tangan ni tak menari diatas papan kekunci komputer riba aku ni. wah ayat! kelasss kau! :p yup, hidup aku kini semakin sibuk sibuk dan sibuk. walaupon semester ni aku hanya mengambil 15 jam kredit, tapi kesibukkannye melampaui batas kesibukkan semasa diasasi dulu. kat asasi dulu 18 jam kredit kot, hari2 kelas dari pukol 8 pg sampai 5 ptg. tapi tak ada la busy gila cam kat degree ni. hari2 ada je program. so aku sangat menghargai setiap masa2 terluang yg membolehkan aku..tidoq! hehe. penat tak sempat nak hilang da sambung balik buat itu dan ini. banyak bergerak jugak sejak 4 minggu sesi kuliah bermula. pegi sana pegi sini...jenjalan lagi. mesti woo! kalau tak otak benak gila asyik ulang alik kolej dengan fakulti. da la kat satu tempat je..terperuk habis kat sini. nasib la fakulti kejuruteraan tu mempunyai tasik yang boleh la nak menenangkan hati :p

*saya nak tunjuk pemandangan tasik tu, tapi gamba tak boleh upload =.=*
*internet lembab*
*nanti ea*

Hari2 pon berlalu begitu pantas. kadang2 aku sendiri tak sedar. banyak pengetahuan dan pengajaran tentang hidup aku dapat selama aku menjadi pelajar degree ni. tentang keseriusan dalam kehidupan. dah tiba masa untuk serius dalam hidup. 4 tahun tu tak lama mana pon. dunia luar lagi banyak banyak banyak cabaran. untung UPM ni dekat dgn rumah aku. tak ada la nak rasa merantau mana pon macam orang lain kan? duduk utara, belajaq kat selatan. lagi banyak cabaran diorang. masa ni la nak belajar cara nak uruskan diri sendiri. masa ni la nak belajar macam mana nak pijak di atas kaki sendiri. ya! aku sedang belajar semua tu. yela, sekarang ni dah tak ada Mal, Fanaa, Nisa, Ifaa ataupon Afiq yang selalu menemani aku dimana saja. walaupon mahu ke kiosk K13 tu pon Mal selalu temankan aku..sekarang tak lagi..sungguh aku sorang2 disini. tak boleh nak bergantung sangat kat orang lain. dorang pon sama banyak benda nak diuruskan jugak. tak masa la nak layan kau ni shafiqah. nak ada je dengan kau setiap masa. pandai kau la nak makan bila, kat mana, nak pegi kelas macam mana..sumenye laa.

BE STRONG BABE!

Hari Jumaat lepas, aku, Nad, Ijat, Faez, Ahmad dengan Mun pegi KLIA hantar Kyra nak fly ke Mesir. rancangan yang dibuat pada petang Jumaat tu jugak. rancangan mengejut dan spontan. maaf kepada sesiapa yang terasa kitorang tak ajak pegi sama. bukan lupa tapi mmg kitorang pon plan mengejut. deal je terus pegi. itupon kitorang da macam terlambat sikit. nasib baik sempat jumpa Kyra. sedih kot. cemburu pon ada. gembira pon ada. bila la masa aku akan tiba. tekad untuk latihan industri nanti, aku nak buat kat oversea. ikut program mobiliti pelajar. TEKAD! 

Semalam, Ifaa pulak fly. maaf Ifaa sebab tak dapat hantar sama. kita ada program di fakulti. dah bayar rugi tak pegi *bisik2* :p lagipon kita tak sanggup la nak tengok Ifaa turun escalator tu nak masuk balai pelepasan. tengok Kyra pon da tak sanggup inikan pulak Ifaa. kita nak pesan supaya Ifaa tolong la jaga diri baik2. kat sana tak sama dengan Malaysia. jaga makan minum sume. jangan tak makan pulak. belajar rajin2 tw. kalau dapat ke Kaabah nanti. doakan lah untuk kami semua kat sini. kitorang kat sini pon akan doakan untuk Ifaa sama. nanti balik bgtw la..selalu2 lah mengupdated diri anda ye. lepas ni jangan senyap2 lagi. walaupon terasa Ifaa tak bgtw yang Ifaa nak fly sampai kita sendiri tw dr mulut orang lain dulu sebelum Ifaa. tak apela, kita dah maafkan Ifaa, janji baik2 kat sana ye. jangan la lost contact dengan kami semua kat sini. 

notakecil : jika ada jodoh kita, walau sesusah mana pon hidup kita nanti, InsyaAllah kita pasti boleh hadapinya bersama. jangan takut lagi akan cabaran yang mendatang. sebab kita sendiri tak tahu sama ada kita boleh menempuhnya atau tidak selagi kita tidak menghadapinya sendiri. tanamkan semangat dan usaha dalam diri. berdoalah..

Tuesday, September 18, 2012

Pinjaman dari Allah

Assalamualaikum...

" Salam.dah lama sy nak text awak..bnda dah lama lps kan..dulu mintak maaf dlm keadaan marah dan tak tenang pun.and again sy mntak maaf kalau terkasar bahasa dulu..dah tak ada bnda pon nak pikir pasal benda dulu. have a blast iqa.may Allah bless you. tak perlu lah nak ada sakit hati lagi. past is past "

Berkerut jugak dahi aku bila tengok mesej ni sampai. nombor pon aku tak ada save. siapakah? tapi dari apa yang disampaikan pon da boleh agak siapa yang bagi mesej ni. mula2 takut jugak nak reply. kang buat salah orang malu je..then reply la jugak..memang aku tak pernah ada rasa sakit hati atau dendam dengan dia. semua salah sebenarnye. aku ada salah aku, dia ada salah dia dan dia pon ada salah dia. saya da ada hidup saya yang baru. mungkin saya jugak dah ada orang yang betul2 tahu menjaga hati dan perasaan saya. dia pernah buang saya dari hidup dia semata2 nakkan awak balik. ye. memang sekarang die sedang cuba mengambil hati saya balik dan saya rasa semua tu takkan berlaku lagi. 

" maybe dia bukan utk saya. heart doesn't lie iqa. go for someone who filled your heart "

Maybe dia juga bukan untuk saya. hati tu memang tak pernah menipu. dan saya tahu, jauh disudut hati kita berdua, kita berdua rindukan dia dan saat tu. saya pasti begitu..tapi semua tu pinjaman. ia takkan jadi hak milik kita sampai bila bila. do take care too wani :)

Saturday, September 15, 2012

One Step

Assalamualaikum..

Lama dah meninggalkan dunia maya ni..sibuk kalah PM :p haha no la, baru ada masa yang sesuai meyh. yup! today genapla dua minggu aku berada di Kolej 11 , UPM as a DEGREE students :O serius ni..jangan la buat muka pelik pulak. takkan tak percaya kot saya da jadi budak degree da =.= LOLSSS. bajet sudeyh :p haha.

Ok da. Lupakan kebajetan saya sebentar tadi. saja je. sebenarnye aku sendiri tak percaya yang aku da jadi budak degree kan..rasa kejap je angan angan tika aku masih lagi menjadi budak hingusan tu akhirnya menjadi kenyataan yang nyata! yang nyata! wow! seriusly, didnt expect it. tak sangka boleh bawa diri sendiri sampai ke tahap ni :) Alhamdulillah...

1st Sept 2012 hari tu daftar. belum sampai kolej lg aku da dapat mesej dr Naddd yg menyatakan bahawasanya saya,, akan bersebilik dengannya atau dengn lebih jelas lagi aku bakal seroommate dengan Naddd! :D siapakah Naddd?


ok. ni la Nadd :)

Back to the story. sebelum daftar lg aku sebenarnya da ada firasat yang bakal sebilik ngn Nadd ni tw. last2 betul kot. hahaha. power betul firasat aku. kehkehkeh :p ok la sebilik ngan Nadd. da kenal lama kan. satu kelas time asasi dulu..time degree pon satu course and satu kelas lagi..senang la cite die..kepada sesiapa yang tak dapat macam aku..jangan jeles k. haha. one week orientation. SUCKS! orientasi paling tak best ever =.= ntaa pape ntaa. yela, taklimat dari pagi sampai malam kat dewan besar tu standard la kan.. tapi ntaa la tak best. lagi plak aku punya kolej semua perempuan..semangat dia lain ckit tw. haha. tak bukan sebab xde laki ke ape..tp, yaa, korang boleh rasakan..semua arahan yang korang kene patuh adalah dari perempuan jugak. nampak tak kat situ..senang cite akak2 fasi tu xbest laa. hahaha. ada tu nak marah tak tentu fasal ttbe. perempuan marah perempuan..korang nampak tak kat situ ego dia macam mana..haha. sebabkan itu aku banyak kali skip aktiviti. aktiviti tak habis lagi aku da chaw masuk bilik dulu dah. haha. bosan kot. tak ape..UPM wa punya XD abis orientasi hari jumaat..fuh! memang lega laaa. esok tu pulak ada gotong royong je pon pg tu..tak kesah sangat la asal kontrak kitorang dengan akak fasi tu dah habih. 

Sabtu ngan Ahad tu plak da sibuk2 nak buat pendaftaran kursus bagai. for this sem, kitorg yang asasi ni boleh buat pengecualian kursus. so ada 3 subject yang kitorg blh drop..Oral Interaction Skills, Fizik Am dengan Pertanian dan Manusia.. disebabkan 3 subject ni blh drop maka berlakulah kekurangan jumlah kredit. kredit minimum adalah 12 jam kredit..so kitorang kene tarik subject2 sem hadapan bawa ke sem ni untuk mencukupkan jam kredit. ni pon jadi masalah jugak ni. sangat sangat banyak kali tukar subject amik subject ni buang balik subject tu amik ni plak. tak nak tu tukar amik lain plak.. haihh! tension aku seminggu tu. call ibu pon da nak nanges aku sebab tension sangat. budak2 First Class yang amik Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem yang merupakan course name aku ada 6 orang termasuk aku iaitu.. Faez, Ahmad, Izat, Nad, Ana dan aku. so kitorang da plan nak study sama2 sume la..sebab tu nak buat jadual kelas kitorang sama.senang nak study sama2. sweet kan First Class. haha. kalau sorang amik subject ni sume amik la..nak sama la katakan. ni yang buat aku pening. 

Setelah banyak kali add drop subject maka kata putus pon terhasil. aku ada 15 jam kredit untuk sem ni.. dan subject yang aku amik adalah Math Engine 1, Pengatucaraan Komputer, Latihan Bengkel, Statik, Akuakultur dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) ok la..aku aim biasiwa je. insyaAllah..kene buat betul2 sem ni dan seterusnya.. kalau dapat C- pon da kene repeat paper tw. fuhhhhhh! merangkak la kau! 

So far ok la..alaaa, da biasa da kat UPM ni so tak ada la nak excited mana pon masuk UPM..hehe. harap2 aku boleh catchup semuanya. tamo malas2 da. semngat sikit nak belajar ni. bak kata Ahmad "Cika! kau bakal ENGINEER tahu tak!" *meremang bulu roma aku dengar. haha



pada hari majlis ikrar. back to school uolls ;)


nak tunjuk tali kad matrik tu je. haha. lawa kan??


yeah! me and Asifa was in UPM :D cik Nasha sangat jeles ok. bhahaha.

sekian terima kasih, pray for me :D