Saturday, January 28, 2012

ASPER Family Day Batch 7

Assalamualaikum..

entri kali ni gua x mao ckp byk..segala tersirat pada setiap inci didalam gamba gamba. apa yang gua mahu ckp gua sangat happy. gua sayang la ASPER BATCH 7 ni. terima kasih kerana telah memahatkan kenangan yang teramat manis dalam hidup gua. gua takkan lupa sampai bila bila. so enjoy the pitcha ^_^


ye! kene percaya yang aku main futsal :P


gabungan kuliah 1 dan 7 = kumpulan 1






the other group *1B


supporter kitorang yg dtg plg awal. thanks korang :D


perghh! keeper kitorng ni! GOODJOB FANAA!


the next day bdk laki plak lawan netball!


comel gile sal main. bhahaha!


kitorng plak dtg menyokong dorng :)


the day of the event!










nama game ni : lari ulat bulu


zikri sedang main tepung getah straw. cayalah zikri!


OUR CAMERAMAN! thanks caer!







khai sibuk je nak pakai jersi Chelsea jgk :P








ok fine! time ni sumpah aku ckp malu gile!! bhahaha.


ssh btl air tu nak masuk dl botol
nama game : isi air dalam botol gne tangan =.=


i love UPM too <3



sapa la snap gmba ni =.=


ni pon =.=


ehem~pernah 'ter'admire die. hahaha!




group kitorang dapat tempat ke-2..ok la tu 








ok. banyakkan..haha! mmg banyak gila gila snap gamba . 

thanks for read this entry :D


Friday, January 27, 2012

Wednesday, January 25, 2012

itu impian saya

Assalamualaikum..

Stop treat me like 16 years old . seriously I’m so tired of it . sampai bila nak kongkong saya..bagi la sedikit ruang privacy dlm hidup saya..susah sangat ke..ape yg berat sangat untuk bagi saya peluang kecil tu..saya bukan budak lagi..InsyaAllah saya boleh berfikir dengan waras..boleh berfikir yang mana baik dan yang mana tak..kenapa susah sangat nak letak kepercayaan tu..ia buat saya rasa sangat tak berguna..kalau macam tu lebih baik saya tak payah bazirkan masa belajar bagai nak rak untuk banggakan kamu berdua..lebih baik saya duduk rumah saja. Buat apa belajar tinggi2 tapi tetap jadi macam orang yang tak berguna dalam keluarga..bagila saya peluang..kalau macam ni..sampai bila bila pon saya tak akan dapat berpijak diatas kaki saya  sendiri..kamu nak saya menyusahkan kamu berdua kelak..pastinya itu bukanlah yang sepatutnya..saya mahu banggakan kamu berdua..saya mahu gembirakan hati kamu berdua..saya mahu kamu berdua lihat saya berjaya menjadi orang berguna..itu impian saya..

terima kasih sebab selalu tunaikan segala permintaan saya..tapi biarlah permintaan saya kali ini juga ditunaikan..berilah kepercayaan tu kepada saya..saya tak nak hidup saya diatur..saya nak sokongan dan dorongan daripada kamu berdua..percaya la dengan setiap tindak tanduk saya..saya tidak akan melakukan perkara2 yang tak munasabah..saya waras untuk memikirkan segala kesan atas setiap kelakuan saya..bagilah saya merasa nikmat hidup sebagai seorang anak yang sentiasa didorong oleh ibu bapanya..bagilah saya merasa nikmat hidup berteman baik dengan ibu bapanya..saya tak pernah dapat meluahkan pendapat saya kerana saya takut tersilap cakap dan akan menyinggung perasaan kamu berdua..setiap kali ada je perkara yang timbul saya terpaksa mendiamkan diri sedangkan terlalu banyak perkara yang ingin saya sampaikan..tapi sampai bila saya hanya perlu menjaga hati orang sedangkan hati saya??

teringin sekali saya ingin mendengar kamu bertanya tentang diri saya..tentang susah senang saya..saya tahu..kamu berdua dah menjadi ibu dan ayah yang berjaya..kamu berdua sangat sangat menekankan pelajaran pada kami adik beradik..kamu sanggup berkorban wang ringgit demi memastikan kami adik beradik mendapat pendidikan yang cukup..hantar kami ke pusat tuisyen..beli buku2 latihan serta rujukan..tak pernah sekali pon kamu mengatakan tak ada wang setiap kali kami ingin membeli keperluan belajar..saya tahu itu, dan saya amat kagum dengan kegigihan kalian memastikan kami adik beradik tidak berasa hidup susah..ya..memang kami tak pernah rasa hidup susah..tapi….soal hati?soal perasaan?kamu tak pernah menjadi kawan baik saya dirumah..minta maaf kerana terpaksa berkata begitu..bila ada perkara yang ingin saya luahkan dan perlu seseorang..saya terpaksa mencari kawan saya..dan saat tu kamu akan marah.. ’membuka aib sendiri’ kata kalian..saya tak akan lupa ayat tu sampai bila2 walaupon hanya sekali itu sahaja kamu berkata begitu..apa lagi yang saya perlu lakukan bagi memuaskan hati kalian??