Wednesday, November 28, 2012

Kesian Hati

Assalamualaikum..

Hati tak pernah menipu. mulut ye. mulut selalu tipu. bila mulut tipu, hati jadi mangsa, hati yang sakit. kesian hati. balik2 die je yang jadi mangsa. orang selalu cakap, cara nak lupakn seseorang, jangan terus ada kene mengene dengan dia. kira tak payah dok nak amik tahu lg la pasal die. sebab kita akan sentiasa tahu perkembangan orang tu, then, bila dapat tahu, hati kita yang sakit walaupon mulut kata tak pe. mulut ni jahat! tapi bila tak amik tahu, rasa rindu, rasa tak puas hati. masihkah ada sayang untuk die?

Hati selalu dipermainkan, sebab hati ni lurus sifatnya, pelik juga sifatnya. siapalah agaknya aku pada dia sampai die sanggup buat aku macam ni. sayang aku ditarik dan ditolak. memang aku boneka agaknya. jangan main hati dengan aku bila hati kau pada orang lain. khilaf aku sebab selalu toleh belakang hanya untuk kau! akhirnya, hati aku yang sakit. tak perlu la nak post benda2 macam tu. kalau untuk orang tu, tak de die dapat baca nye, yang baca nye aku. yang sakit nye aku. ni bukan kali pertama kau cari die balik. kali ni da masuk 3 kali! TIGA kali tahu! kenapalah aku masih boleh berlembut hati dengan kau. untuk apa semua tu? untuk sakitkan hati aku? tak perlu. hati aku da cukup sakit. kenapa kita mesti jumpa dan kenal. kalau masa boleh diundur. bukan menyesal tapi kalau kita tak pernah kenal alangkah baiknya.

Sudah la, tak nak meratapi benda2 useless ni. betul cakap orang tu, 
"cinta itu letaknya di hati,bukan di mulut yang berjanji setia tapi tak tahu nak menghargai".
In Shaa Allah, there's will be someone who can lead you till Jannah. Allah knows the best. 
Kuatkanlah hati ini Ya Allah...

Monday, November 26, 2012

I Learn Something

Assalamualaikum.

Hai semua, saya masih hidup lagi jangan risau :')

Hadoihai, lamanye tak hapdet blog ini. busynye engineer-to-be ni :p haha.busy la sangat. busy laaa, mcm2 benda nak buat. sempat on9 Facebook dengan Twitter je. mohon percaya.

So, what happen within the time? soooooooooooooooooooooooo much thing happened. seriusly, da rasa macam bola dan roda. bola sebab rasa kejap kesana kejap kemari. roda sebab kejap aku diatas kejap aku dibawah. macam jadi. nak cite yang mana dulu pon tak tahu la.

STUDY. so far Alhamdulillah, aku boleh bawak lagi semua subject. walaupon subject programming agak susah.tp masih blh dikawal. tehee~ yang lain2 pon ok. math, revise balik ape yang belajar dr spm lagi, diferentiation, intergration =.= sistem pengeluaran ternakan dan akuakultur, subject ni senang,tp bile test 1 hari tu,erk? hehe. kene study lebih lg laa, *mohon jangan ambil mudah ye Shafiqah* selebihnya, oke jerrr :) test 1 da lepas, syukur result oke. test 2 sedang berkumandang.hehe.sedang berjalan sekarang, paper programming dan TITAS da lepas,math engine jumaat ni,jumaat depan akuakultur. huh! fighting2! :D

LIFE. Allah, sungguh banyak dugaan hambaMu ini. apa yang ingin ditekankan kat sini, pengurusan masa amatlah penting. saya, tetiba rajin nak join ajk2 program ni. nahhh! hambik kau. walaupon xdela banyak sangat benda nak buat.tapi datang nye sekali gus. kalau sekarang akak program ni mesej, xlama lepas tu akak program ni plak mesej =.= haha. tapi tak pe.seronok busy2 ni. rasa macam ada benda nak buat,tak ada rasa bazir masa kan. dan secara tak sangkanya, saya telah dipilih oleh lecturer2 saya untuk bertanggungjawab memegang jawatan pengarah bersama bagi projek mega kelas kokorikulum berkredit hasil gabungan 3 kelas iaitu kelas pengurusan taman kumpulan 1&2 dan kelas vokal asas. saya disini amat tak sangka kerana dipilih. :') hahaha. so far,perjalanan projek ke Perkampungan Orang Asli,Cameron Highland yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam pada 14-16 dec ini berjalan dengan lancar. berharap agar perjalanan program pada hari kejadian berjalan dengan lancar. Aminnn.. this week ada Eleventh Sales De Boom kat kolej aku ni ha.aku jaga bahagian booth. nextweek lagi satu ada event Boling anjuran Kelab Reventh dan saya selaku ajk cenderahati. -.-' tak pe,jangan risau saya masih ada masa untuk study ye..hehe.

LOVE. Its hurt. tak nak ulas pasal hal ni.tapi aku sedang belajar untuk jadi seorang yang kuat. :) In shaa Allah, saya takkan silap buat pilihan lagi.

I learn so many. its all about ourselves. we control our life,how its will be going, where the path, how we face if something came out. hanya berharap, aku akan terus kuat untuk menempuh segala ujian dan dugaan yang mendatang.



p/s: saya macam bahagia hidup SINGLE :p

Tuesday, October 2, 2012

Keseriusan Hidup

Assalamualaikum..

Lama dah rasanya tangan ni tak menari diatas papan kekunci komputer riba aku ni. wah ayat! kelasss kau! :p yup, hidup aku kini semakin sibuk sibuk dan sibuk. walaupon semester ni aku hanya mengambil 15 jam kredit, tapi kesibukkannye melampaui batas kesibukkan semasa diasasi dulu. kat asasi dulu 18 jam kredit kot, hari2 kelas dari pukol 8 pg sampai 5 ptg. tapi tak ada la busy gila cam kat degree ni. hari2 ada je program. so aku sangat menghargai setiap masa2 terluang yg membolehkan aku..tidoq! hehe. penat tak sempat nak hilang da sambung balik buat itu dan ini. banyak bergerak jugak sejak 4 minggu sesi kuliah bermula. pegi sana pegi sini...jenjalan lagi. mesti woo! kalau tak otak benak gila asyik ulang alik kolej dengan fakulti. da la kat satu tempat je..terperuk habis kat sini. nasib la fakulti kejuruteraan tu mempunyai tasik yang boleh la nak menenangkan hati :p

*saya nak tunjuk pemandangan tasik tu, tapi gamba tak boleh upload =.=*
*internet lembab*
*nanti ea*

Hari2 pon berlalu begitu pantas. kadang2 aku sendiri tak sedar. banyak pengetahuan dan pengajaran tentang hidup aku dapat selama aku menjadi pelajar degree ni. tentang keseriusan dalam kehidupan. dah tiba masa untuk serius dalam hidup. 4 tahun tu tak lama mana pon. dunia luar lagi banyak banyak banyak cabaran. untung UPM ni dekat dgn rumah aku. tak ada la nak rasa merantau mana pon macam orang lain kan? duduk utara, belajaq kat selatan. lagi banyak cabaran diorang. masa ni la nak belajar cara nak uruskan diri sendiri. masa ni la nak belajar macam mana nak pijak di atas kaki sendiri. ya! aku sedang belajar semua tu. yela, sekarang ni dah tak ada Mal, Fanaa, Nisa, Ifaa ataupon Afiq yang selalu menemani aku dimana saja. walaupon mahu ke kiosk K13 tu pon Mal selalu temankan aku..sekarang tak lagi..sungguh aku sorang2 disini. tak boleh nak bergantung sangat kat orang lain. dorang pon sama banyak benda nak diuruskan jugak. tak masa la nak layan kau ni shafiqah. nak ada je dengan kau setiap masa. pandai kau la nak makan bila, kat mana, nak pegi kelas macam mana..sumenye laa.

BE STRONG BABE!

Hari Jumaat lepas, aku, Nad, Ijat, Faez, Ahmad dengan Mun pegi KLIA hantar Kyra nak fly ke Mesir. rancangan yang dibuat pada petang Jumaat tu jugak. rancangan mengejut dan spontan. maaf kepada sesiapa yang terasa kitorang tak ajak pegi sama. bukan lupa tapi mmg kitorang pon plan mengejut. deal je terus pegi. itupon kitorang da macam terlambat sikit. nasib baik sempat jumpa Kyra. sedih kot. cemburu pon ada. gembira pon ada. bila la masa aku akan tiba. tekad untuk latihan industri nanti, aku nak buat kat oversea. ikut program mobiliti pelajar. TEKAD! 

Semalam, Ifaa pulak fly. maaf Ifaa sebab tak dapat hantar sama. kita ada program di fakulti. dah bayar rugi tak pegi *bisik2* :p lagipon kita tak sanggup la nak tengok Ifaa turun escalator tu nak masuk balai pelepasan. tengok Kyra pon da tak sanggup inikan pulak Ifaa. kita nak pesan supaya Ifaa tolong la jaga diri baik2. kat sana tak sama dengan Malaysia. jaga makan minum sume. jangan tak makan pulak. belajar rajin2 tw. kalau dapat ke Kaabah nanti. doakan lah untuk kami semua kat sini. kitorang kat sini pon akan doakan untuk Ifaa sama. nanti balik bgtw la..selalu2 lah mengupdated diri anda ye. lepas ni jangan senyap2 lagi. walaupon terasa Ifaa tak bgtw yang Ifaa nak fly sampai kita sendiri tw dr mulut orang lain dulu sebelum Ifaa. tak apela, kita dah maafkan Ifaa, janji baik2 kat sana ye. jangan la lost contact dengan kami semua kat sini. 

notakecil : jika ada jodoh kita, walau sesusah mana pon hidup kita nanti, InsyaAllah kita pasti boleh hadapinya bersama. jangan takut lagi akan cabaran yang mendatang. sebab kita sendiri tak tahu sama ada kita boleh menempuhnya atau tidak selagi kita tidak menghadapinya sendiri. tanamkan semangat dan usaha dalam diri. berdoalah..