Sunday, July 15, 2012

smile

Assalamualaikum..

Ya, things started to change. I feel more live than before. Thanks to Allah, my heart is calmer than before, my minds not anymore think about it. Yet, I can forget about them sometime.

Thanks to my cousin, Armira Amin. Kau da banyak tolong aku. kau da tolong aku untuk jadi kuat. Terima kasih sebab da salurkn kekuatan kau kat aku untuk balas mcm tu kat bdk tu. Seriously sentap jugak aku bile kau cakap; asal kau baik sangat?hentam jela balik bdk ni, balas je balik.bdk ni da kurang aja. Masa tu baru aku tersedar. Aah kan, knp aku berlembut sangat dengan dia selama ni. Kenapa aku biarkan diri aku dikutuk senang2 je oleh die. Mana pergi ntaa prinsip aku selama ni bila berhadapan dengan orang yang aku tak kenal.

“kau tak kenal siapa aku dan aku tak kenal siapa kau, so kau tak ada hak nak cakap aku macam2, sama seperti kau tak suka bila orang berkata tentang kau”

Its fair right? Bila kenang balik, kesian betul kat aku..kene kutuk gila babeng punya, diperkecil-kecilkan macam tu je. Sesedap secukup rasa je die kata aku macam2. Tapi memang best la time aku balas balik tu. Perghh! Puas sepuas puasnye dapat cakap mcm tu. Tiba2 rasa memartabatkan diri sendiri. Haha. pakej naik la masa tu. Bayangkan la, orang yang korang tak pernah jumpa depan mata, tak pernah bicara secara lisan..tiba2 cakap macam2 pasal korang. Tak kesah la salah siapa pon masa tu, tapi budi bahasa tu perlu, kita orang melayu kan, lagi2 orang perempuan..rasa2 nya sekarang da tw kot siapa yang manis bila berkata2, lancang bila berbicara.

Tiba2 aku teringat kisah suatu tengah hari masa aku form 3, haha. aku pon tak sangka aku boleh bertindak begitu. Tapi itulah kali terakhir aku bersikap panas baran. Lepas tu aku dah boleh kawal panas baran aku. klu tak dulu, senang je aku nak marah2 ni..lagi2 adik2 aku.haha.salah sikit mula aku melenting. Sejak kisah suatu tengah hari tu la aku terfikir yang aku tak patut bersikap macam tu..sian budak laki tu..tak pasal2 je kene sound tepek dengan aku. sorry la ea weyh. Tu la, spe suruh kau cari pasal dengan aku kan da kene.kehkehkeh.

Special thanks to Amri Falihi. U cheer up my world. Saya minta maaf sebab pernah buat awak rasa teruk. Saya serabut sangat masa tu sampai tak nampak yang awak ada bila saya susah atau senang. Saya tak dapat nak bayangkan kalau awak terima keputusan saya masa tu. Entah apa la jadi dengan saya sekarang. Thanks sebab berkeras untuk tak terima keputusan saya tu. Thanks jugak sebab ada dengan saya sekarang. Seperti yang saya cakap dengan awak hari tu, saya dah penat dengan sume ni, harap awak yang terakhir Ayie. Walaupon,saya tak pernah sangka yang awak akan ada dengan saya..tapi saya tahu ada hikmah disebalik pertemuan semula kita. saya tahu, selama kita kenal sejak form 3, saya tak pernah layan awak betul2, maksud saya sebagai seorang kawan. kadang2 awak bukan seperti yang saya harapkan, tapi saya sangat sangat sangat bersyukur ada awak sebagai kawan, sahabat dan juga kekasih dunia saya. Allah tetap kekasih hati saya selamanya..stay with me until my last breath.

Banyak perkara dah mengajar aku supaya lebih berwaspada dalam setiap tindak tanduk aku. ia mengajar aku supaya kuat menghadapi segala ujian yang diberikan baik dari segi keluarga, pelajaran, kawan2 juga orang disekeliling aku. selama ni aku tak sedar dalam apa jua keadaan, tetap ada yang menyokong,tapi  bila da macam hilang semuanya, teruk sangat bila rasa keseorangan tu..aku langsung tak tahu nak buat apa. Terima kasih semua ;)

the purpose of blogging

Assalamualaikum..

Kalau korang perasan, dalam 1 hari je ada banyak entri aku post kan? Haha. bukan aku tulis sume ni dalam satu hari la, semuanya hari lain2..sebab aku tak dapat nak online pada hari aku tulis entri tu..so aku save as a doc je la dulu..hmm, sejak sejak dah berjinak dengan blog ni..diari aku ntaa ke mana da..haha. menaip lebih pantas dari menulis. Kehkehkeh. Blog ni pon aku da buat macam diari aku je. Cerita macam2, kepada sesiapa yang baca blog aku ni..korang buat bodoh je kalau ada cerita2 merepek aku tulis kat sini. Kadang2 tu mesti ada yang terdetik dalam hati ; eh, ni pon nak cerita kat blog ke?

*eh, suka hati aku la, aku punya blog meh*

Haa, sebenarnye, aku kalau boleh..tak payah la ada sapa2 yang baca blog aku ni..aku malu sebenarnye. Kehkehkeh  :’)

*kalau ada yang baca blog kau Shafiqah!*

Sebab tu bila jumlah Follower tu bertambah ; erk.siapakah?

*suspens jugak tw*

Entahlah, tapi aku lebih senang menulis blog ni. Aku akan lebih tenang ataupon lega bila dapat menulis blog. Kalau ada apa2 yang gembira yang sampai buat jantung aku macam nak terkeluar akibat terlalu teruja ataupon apa2 yang tak kena ; hati tak sedap ke, hati sakit ke, hati tak tenang ke ataupon apa2 yang berlaku yang aku nak ingat sampai bila2 ; aku akan menulis blog. Ia buat aku puas sepuas puasnya tahap cipan la. Kira macam satu beban terlepas la. Fuh! Lega!

Masa baru2 buat blog ni, aku pernah ajak kawan aku buat blog jugak, tapi dia kata “ tak nak la, nanti ada yang terasa nanti. Mulut aku pedas weyh. Kang ada yang tergigit cili bila aku tulis ape2 nanti ”

*tulis blog pon ada pantang larang ea?*
*kehkehkeh*

Kalau fikir dengan rasional memang la kan, takkan kau nak kutuk orang yang kau tak suka tu open cenggini kan. Haa, sebab tu la aku tak berapa galak sangat orang baca blog aku. hehehe. Eh, aku tak de nak kutuk sapa2 ea. Kalau aku tak puas hati tu..kias2 sudah la.. :p

Sekarang ni macam2 kita jumpa jenis2 blog ni..masing2 ada tujuan tersendiri wujudnya blog dorang tu. Ada yang berblogging sebab nak share maklumat berguna, petua2..ada jugak yang buat blog ni sebagai bahan propaganda mereka. Politik misalnya. Ada jugak yang berkongsi pengalaman mahupon kisah hidupnya. Apa pulak tujuan saudara saudari cikebom cikebom yang sedang menjengah ke blog saya ni? ;)

Pernah terfikir tak yang menulis itu datang dari hati tapi tak semestinya berbicara itu juga datang dari hati. Orang selalu cakap kan ; hati kata lain, mulut kata lain. Think about it ;) Ada orang pernah cakap kat aku ; awak ni memang pandai berkata2, memang lancang bila berbicara. COPPP! Erk.wahai saudari/saudara, saya tak pernah berbicara dengan anda, saya hanya menulis/menaip sahaja. Pembetulan ye disitu. Tapi, tetibe aku terfikir. Aku cakap dengan aku menulis sama ke?

*garu-garu kepala* 
*berfikir sejenak*
*hmm*
*menongkat dagu pula* 
*tersenyum kecil*
*geleng2 kepala*

Mana ada sama la, setahu aku, aku ni bila bercakap memang la senang la jugak nak spontan2 tu..tapi agak susah nak bukak mulut..tapi bila menulis, idea mencurah curah ke ladang gandum..! dan.. jadila, KOKO CRUNCH! Hahaha. Percaya tak kalau aku cakap aku ni pendiam? Hehe. Sebenarnya, ye..aku ni pendiam sikit. Aku akan kecoh2 dengan orang yang betul2 selesa dan rapat je..dan akan bercakap bila penting tak pon bila terasa nak bercakap la..kehkehkeh. dan, sebenarnye..rahsia ni tw. aku suka cakap sorang2. Hahaha! COPPP! Bukan cakap betul2, cakap dalam hati je..heee. lagi2 bila aku duduk sorang2. Macam2 la kuar nanti. Tak sampai tahap hilang kewarasan akal lagi la..tu gila namanya. Hee.

Seronok sebenarnye bila ada dalam dunia kita sendiri. Dunia tanpa sesiapa. Tanpa gangguan, melainkan tetiba korang terdengar ; oi anak dara! Buat ape la tu! Meh tolong aku kat dapur ni haa!. Haha! itu baru gangguan namanya :p ni bukan kes berangan okay! Ni lebih kepada masa2 kita bersendirian. Contoh la kan ; baca novel. Aku kalau da start baca novel orang jatuh sebelah aku pon aku takkan perasan, lagi ; bila duduk sorang2 mengadap tasik yang tenang sambil makan aiskrim. Ni part paling aku suka. Aku kan suka nature..so, aku memang suka ke tempat2 riadah macam taman ke, tasik ke..aku tenang bila kat tempat2 macam tu. Kat UPM ada satu port baik punya.kat Bukit Ekspo namanya. Kurang orang lalu lalang, permandangan yang luas..boleh tengok train KLIA Ekspres tu lalu lalang sambil kira tingkap train tu ada berapa. Haha. mencabar kot,yela, train tu laju kot..setakat ni aku kira ada 28 tingkap kesemuanya. Tak tahula betul ke tak kan. Hee.


Okay kalau ikut gamba ni..korang bayangkan korang tengah diri menghadap train tu..jalan je terus sampai hujung sikit tu..kat situ macam bukit ckit..haa, kat bawah tu la port best! Kat tasik tu,sebenarnye kolam. Hee. Seronok tempat tu, tak ada apa2 pon kat situ..kosong je..orang jiwa nature macam aku je yang paham kenapa tempat tu best. Cewah! Haha. *ok foinee! Tetibe rindu UPM*


Aku – Mal – Nisa – Aisyah 

Ni gambar masa first time jejakkn kaki ke Bukit Ekspo tu. Freshmen lagi masa ni..baru 4 hari masuk Asasi. ;) aku pon suka study kat tempat2 cenggini. Minda lebih terbuka, senang ilmu nak masuk. Kehkehkeh. Sampai selipar aku pon boleh putus masa ni..haha.

Ok la, sampai sini saja. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis ;)
jap nak abdikan satu gamba kat sini :)


*K13~ DALAM KENANGAN*



Sunday, July 1, 2012

sudah cukup sudah, cukup sampai disini saja

Assalamualaikum..

Ya Allah Ya Tuhanku, tidak sudah2 lagi kah dugaan-Mu ya Allah, hamba-Mu ini sudah tidak terdaya lagi menanggungnya sorang2.. akhirilah semuanya ini ya Allah..hanya pada-Mu aku mohon supaya ditenangkan kembali hati ini ya Allah..

Tidak semua manusia dalam dunia ini yang boleh menerima. Menerima apa jua yang berlaku dalam hidupnya sebagai satu ujian dan satu hikmah. Hidup dalam kenangan juga payah. Tapi kenangan itu berhak untuk diingati. Kenangan tu tak pernah salah. Kenangan tu pengajaran. Kenangan itu jugak bukan tiket untuk menghukum. Jangan pernah salahkan takdir. Tak boleh ke terima semua yang terjadi dengan hati terbuka? Tak ada sesaat pon dalam hidup kita ini, kita sangka akan terjadi. Pernah sangka atau terfikir dulu yang kita akan begini pada ketika ini , pada saat ini? Jika kenangan itu boleh dipilih sama ada mahukan yang manis atau yang pahit, hidup ni mudah jadinya. Bila sesuatu yang buruk jadi, semua pasti berkata ,

“tak pernah minta pon semua ni jadi”
“kalau tahu begini jadinya, aku takkan lakukannya”
“tak ada niat pon nak burukkan keadaan”

Itu lumrah hidup namanya, manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Lari dari kenangan? Jauh mana kau dapat berlari? Membawa diri entah kemana, konon, kenangan itu jugak seperti bayang2. Sejauh mana pon kita pergi bayang2 itu tetap ada. Tapi, kita tak boleh takut dengan bayang2 sendiri. Yang lepas tu biarlah lepas. Itu saja caranya. Ya, mungkin kau ingat semua ini mudah bagi aku, senang2 lepas tangan, lupakan je semuanya sedangkan kau yang menanggung rasa sakit itu. Jangan lupa sakit yang aku tanggung sama. Mungkin ini aku, aku tak suka perbesarkan sesuatu hal, bukan aku nak lepas tangan, tapi tak salahkan kalau kita perbetulkan kembali apa yang tersimpul. Terima apa saja. Tak ada satu pon yang mudah dalam hidup ni. Kita manusia hanya mampu mencuba dan berusaha.

19 tahun hidup asyik menjaga hati orang, hati sendiri tak terjaga. Bila ada orang cakap yang aku ni terlalu bagi muka sampai orang pijak kepala aku sendiri memang tersentap jugak. Tapi, bila fikir balik..ada betulnya. Memang susah nak jaga hati semua orang, bila terlalu menjaga hati yang ini, hati yang itu pula terasa. Bila terkenang balik, memang nak menyumpah2 diri sendiri. Soalan ni mesti timbul “ kenapalah aku buat macam tu dulu” betul tak? Tapi masalahnya, tak guna da nak menyesal bagai. Belajar dari kesilapan tu. Dan orang yang konon menjadi mangsa keadaan tak patut nak menghukum. Awak pon pernah buat silap jugak kan.

Cukupla sampai sini je cerita kita. Saya da tak larat nak sambung cerita yang sepatutnya da ada kesudahan ni. Tolonglah, biar kita sama2 hidup dengan tenang. Kenangan itu tetap kenangan. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang terasa hati dengan saya selama ni especially, 205. Saya tahu awak semua marah dan kecil hati dengan saya. Sungguh, saya tak pernah lupa kawan saya, cuma mungkin tak banyak masa kita habiskan bersama. Saya minta maaf sangat2.


Notakecil: I’m dead already. Orang mati takkan boleh kembali lagi. Saya dah tak nak ambil tahu atau ada kene mengena dengan kisah awak lagi. Biar saya pergi dengan tenang. Fullstop.